Wednesday, January 30, 2013

~Permata Kedua~

memandangkan anak2 dah tdo, so boleh la aku menaip.. kalau tak jgn harap lah kan.. dah lama giler xbukak blog..mana sempat, ni pun baru abis pantang.. 

cerita nya bermula disini...hihihi
25hb cuti krismas, jadi kami sekeluarga pergi bercuti di morib gold coast dengan semua ahli keluarga (umi, ayah, maklang, cik zura, kakak aku dan ramai lagi lah)
macam biasa, mandi kolam, tdo hotel kat sana, last day krismas sebelum balik, nenek sempat cakap " perut ko tu dah kebawah, xlama lagi lah tu" tapi due aku lama lagi iaitu 1/2/2013(hari wilayah).
balik putrajaya macam biasa, esok tu aku xkerja sebab malam tu aku dah sakit2 pinggang tapi xkerap..sejam dua cam tu, so pagi tu, aku g klinik biasa mintak mc, dia bg ubat tahan sakit je..
balik tu, aku terbaring kat katil sepanjang hari..sakit pinggang sejam dua lagi tapi sakit dia tu lain macam..
aku xsyak lah nak beranak sebab aku syak mungkin penat sangat layan anak mandi kat morib.
petang tu aku nak mandi dah nampak lendir darah kat panty...
terus call husband cakap nak g hospital...
seb bek baju dah kemas sikit2..yelah baru 35week kan.. tapi ade gak tercicir barang xmasukkan..

sampai kat hospital, muka aku masih boleh tahan lagi sakit..sementara tengah tunggu, ada satu kete dengar pompan jerit2, nak beranak dah dalam kete, muka dah xleh nak tahan sakit sangat.. doctor cek dah bukak 10, terus push, terus kuar kata nurse tu..huhuhu

turn aku plak kene cek..doc pompan, baik2 semua..dah cek semua, time tu bukaan..
doc tu tetiba jerit kat nurse, dah FULL..!!! nurse sorang lagi tak puas hati sebab tengok aku relax je xsakit dan aku masih 35week.. dia pun cek..dah 8..!! "dah..dah..tolak masuk" terus aku masuk labour room dan tukar baju semua..

tanya macam2, kenapa tak datang awal masa sakit mula2, kalau datang awal kite bagi ubat lambatkan beranak sebab aku baru 35 week...
aku kata saya tak tahu sakit beranak, sebab sakit sejam2 bukan 5 minit2... bebel nurse tu..
tak sampai 1jam, tetiba aku rasa sakit sangat, aku cakap kat budak pelatih yang teman aku, " boleh panggil doctor tak, saya rasa macam nak teran dah ni" dia pun panggil, husband aku kat sebelah tenangkan aku..
tetiba doctor cakap, " kami xleh nak bagi awak beranak lagi, kami nak tunggu air ketuban pecah sendiri, baru boleh beranak" KEPALA HOTAK DIA, aku dah maki2 dalam hati, kalau air ketuban pecah esok, sampai esok ke aku nak tahan sakit ni, sedangkan dah bukak 8 dan aku dah rasa KEPALA NAK TERKELUAR DAH..

husband aku tenangkan aku lagi, dalam hati baca je ape yang patut... doktor aku tengok semua muda2 baya aku je.. tahun 87 lah..ermmm.. sampai aku dah tak tahan, aku mula jerit2 bila contraction..yelah, aku dah sakit sangat, lantak ko lah..hahahah

tetiba xsampai setengah jam, datang sorang doktor pompan, muka cam senior sikit lah, terus masuk dan pecahkan air ketuban, masa tu dah ramai, semua doktor2 masuk... aku masih hidu benda bodoh yang kata konon boleh hilangkan sakit, tapi masih sama je sakit.. doktor tu cakap " dah tak payah sedut2 tu lagi, awak nak beranak dah...push je bila rasa nak push.." aku pun apa lagi..

bila dia pecah kan je, tersembur semua air, memang tahap tak tahan dah tu, push2 sampai kene marah sebab angkat punggung..hahahah aku dah sakit, xsedar angkat ke tak..

teran yang ni kene lama sikit sebab besar, dan doctor tu gunting sikit, mungkin sebab besar..
3 4x teran, keluar lah budak debab ni...husband aku bisik "pompan" huhuh aku xkisah, asal dah keluar semua, legaaaaa....

time utk jahit plak..
doktor yang aku kata baya2 aku tadi lah yang jahit, sorang laki sorang pompan, laki tu ensem lah jugak..hahahah malu pun ade, tapi masa tu tak pk ape dah, cepat2 lah ko jahit tu, selesai aku nak rehat...
boleh plak duk borak2 pasal bini lah, adoi lahh..cepat sikit bleh tak..
tetiba datang sorang lagi doktor laki berjambang dan bersongkok, adoii rasa cm malu je tapi dia jalankan tugas.. dengan budak2 praktikal tu tengok...huhuhu
lama jugak doctor berjambang tu tengok diorg jahit, aku senyap je..tetiba dia cakap " sabar nye lah patient awak ni..xde bunyik langsung, kalau patient saya aduhh la..sakit la" huhuh aku dalam hati, " ko xtau dalam hati aku ni rasa nak tendang doctor 2 orang ni, terhegeh2 jahit..

habis jahit, baby pun dia letak kat katil.. aku mintak air, haus wei..xsempat makan malam sebelum g sepital tadi... dia bg air milo, aku pun tibai..lepas tu susu kan baby..hihi pengalaman kedua yang xdapat di lupakan...



gambar fresh dari perut..hihihi...

pengalaman beranak memang senang... akan datang aku cerita plak cerita masa pantang..lagi banyak pengalaman...aku rasa pantang lagi susah dari beranak..bagi aku lah..hihihi

ok chow...