Monday, March 3, 2014

kemasukkan murid tahun 1 pada 2016

Salah satu benda yang merunsing kan oleh seorang ibu ADALAH tempat sekolah anak atau pengasuh anak.. hahahaha

Dah boleh fikirkan kat mana nak sekolah kan anak tahun 1 nanti sekarang.

yang buat aku dilema, aku duduk dengkil, keje di putrajaya. So aku rasa lebih senang kalau anak sekali jalan dengan aku nak ke kerja. Aku nak sekolah kan anak aku di putrajaya.

Aku keluar rumah pagi pukul 6.20 sampai opis pukul 7, jadi aku rasa baik aku sekolah kan anak aku di putrajaya, tengahari nak amik pun senang dan dekat.

kalau keluar lambat pulak, sudah tentu jem dan parking dah penuh.. putrajaya tak de masalah lain, parking...parking... parking... errmmm...

aku try usya2 cara2 nak daftar online. dia memerlukan bil semasa untuk tengok alamat rumah. Dah tentu aku gagal sebab duduk luar putrajaya.

ada tak ibu2 mengalami benda macam ni? boleh ke kite buat rayuan untuk sekolah kan anak kite berdekatan dengan tempat kerja kita?

6.20 kuar rumah, nak anta anak pukul berapa? 6.30??? adoii la...


-------ok masalah selesai... terima kasih kepada yang menolong memberi maklumat----