Friday, September 12, 2014

BERPANTANG dengan HERBALIFE...

aikk baru 24week dah pk pasal berpantang?? of cozz... bagi perempuan semua tu kene pk awal, sapa nak mengurut, kos mengurut, nak amik set berpantang apa, nak berpantang kat mana.. semua tu dah kene pk.. pasal kos plak, dah boleh start simpan duit untuk semua kat atas ni.. barangan baby mana yang kurang je.. sebab kebanyakkan dah ada kakak2 nye.. hihih
so apa yang ibu pantang perlukan???

Pertama : BENGKUNG (DONE)

 bengkung ada bengkung moden dan ada bengkung jawa.. aku lagi suka bengkung jawa sebab ketat dan senang nak g bilik air xperlu buka kalau pandai pakai.. bersalin dekna tukang urut pakaikan bengkung jawa, sangat selesa, tapi 3 hari jelah, sebab dia dtg mengurut 3 hari, lepastu pakai bengkung biasa jelah, sebab tak reti nak pakai sendiri bengkung jawa tu..huhuhu
so bengkung jawa dah ada.


ni bengkung jawa


bengkung zig zag 


Kedua : HERBA MANDIAN (DONE)

herba mandian ni boleh je beli yang dah siap jual kat kedai jamu, macam bunjut tu.. tapi ni aku dah masuk pakej dengan mengurut. so ni tukang urut yang sedia kan..

Ketiga : MINYAK URUT

minyak urut nanti baru beli, jenama apa tak kisah, akan review blog sesapa nanti utk jenama. mana tau ada yang wangi ke..hihih

Keempat : PARAM DAN PILIS

ini tukang urut sediakan rasanya.. huhuh nanti tanya balik, kalau dia dah sediakan senang la.. xyah beli lagi, dulu pun beli tak pakai.. huhuhu malas nak tepek..

Kelima : BATU TUNGKU

batu tungku ni kene lah beli, dulu beli yang tungku herba tak pakai pun, masa tukang urut pakaikan je guna.. so yg ni ingat nak beli 1 batu, free2 sambil tgk tv boleh tungku.. jangan malas okeh kalau nak cantik dan sihat...hahahah yg ni belum beli, nanti nak carik atau pun pinjam je..huhuh ada orang kata lagi elok pakai batu bata merah tu..heheh rasa nak test la.. dapat sebijik stanby depan rumah, nak pakai nanti amik je...hihihi


batu tungku sekarang yg dijual.. 
kalau yg bulat batu sungai la apa la tu selalu tukang urut je ada..susah nk carik tp sedap bila bertungku..

Keenam : TUKANG URUT (DONE)

tukang urut kalau boleh nak yang boleh datang sendiri ke rumah, so xperlu gi amik dia macam kat kampung.. senang amik pakej sekali duit myk dia dtg rumah kite..hhihih
so, kebetulan ada sedara yg buat sesi urut mengurut ni, so boleh kawtim harga..

PAKEJ RAWATAN LEPAS BERSALIN
Pakej 1: RM 150 per sesi (1jam 45 minit)
• Urut bersalin 1 badan
• Tuam satu badan dan tungku (hot stone therapy)
• Penyediaan mandian herba ibu
• Pil Herba NR
• Pakaikan bengkung (bengkung tidak disediakan)
• Param NR • Pilis NR
• Mandi baby (atas permintaan)
• Rawatan tambah susu atau rawatan susu tersumbat (atas permintaan)

Pakej 2: RM 120 per sesi (1jam 40 minit)
• Urut bersalin 1 badan
• Tuam satu badan dan tungku (hot stone therapy)

Pakej 3: RM 100 per sesi (1 jam 15 minit)
• Urut bersalin 1 badan
• Pakaikan bengkung (bengkung tidak disediakan)
• Penyediaan mandian herba ibu
• Param NR • Pilis NR
• Pil Herba NR

Pakej 4: RM 70 (1 jam) - RM70
• Urut bersalin 1 badan

PAKEJ RAWATAN PENUTUP PANTANG ( mula hari ke 30 )
Fungsi: utk merawat rahim ibu dengan mengeluarkan lebihan darah kotor dari dalam rahim. Lebihan darah kotor ini jika dibiarkan boleh mendatangkan masalah kesuburan, fibroid, cyst dan pelbagai masalah sakit puan yg lain.
Pakej 1: RM 220 (2 jam)
• Urutan pulih & seri dara
• Tuam 1 badan
• Set tangas utk 14 hari (periuk tanah, batu sungai, paste tangas)

Pakej 2: RM 160 (1 jam 15 min)
• Urutan pulih & seri dara
• Set tangas utk 14 hari (periuk tanah, batu sungai, paste tangas)

Pakej 3: RM 100 (1 jam 15 min)
• Urutan pulih & seri dara
• Rawatan tangas utk sehari

PAKEJ RAWATAN PELEPAS PANTANG ( mula antara hari ke 50 – 60)
Fungsi: utk menghilangkan bau2 rempah jamu pada badan ibu. Menghaluskan kulit. Mengembalikan aura ibu.
RM 220
• Urutan pulih & seri dara (60 min)
• Face mask (20 min)
• Body n facial scrub (40min)

Ni antara pakej dia... so boleh pilih nak berapa sesi dan pakej yang mana sesuai dengan barget anda.. hihih
kalau nak tanya pape boleh pm fb dia Pakej mengurut.
YANG NI KENE LAH SEDIAKAN ONGKOS NYE DARI SEKARANG, MENYIMPAN DARI SEKARANG.. HEHE

Ketujuh : SET BERSALIN (DONE)

Set bersalin ni nak cite aku ni TAK SUKA MAKAN UBAT PIL.. apalah lagi yg pait seperti JAMU.. hahahah kalau beli ratus2 yg set, makan 2 3 kali je pastu tak makan dah.. so yang ni nak pantang dengan HERBALIFE.. bukan pil dan bagus.. kalau tak caya cuba try.. sebab tau bagus, saya dah makan sebelum preggy lagi, memang berkesan. kite dalam pantang anak kuning je dah tak boleh makan jamu, kene stop, bila dah stop terus stop selama2 nye..hahahaha dan dalam pantang aku selalu sembelit.. macam nak mati rasa sembelit dlm pantang...hahaha so set bersalin herbalife :

F1 SHAKE : 
shake ni boleh amik 2x sehari, untuk kenyang, banyakkan susu ibu, dan adalah sampingan seperti boleh kuruskan badan juga..hihi kite pantang ni kekadang tak tahu nak makan apa sarapan. ini tak boleh itu tak boleh, so xyah pk2, shake je.. kalau nak lain2 perisa pun boleh pilih.. kalau bosan 1 perisa je kan.. boleh makan dengan buah atau blend skali shake dengan buah..


TEA MIX :
tea mix ni org kata bagus juga buang toksix dalam badan yang penting boleh diambil walaupun menyusu badan.. kalau nak tau apa lagi kelebihan dia boleh lah google..huhuhu


ALOE VERA :
yang ni plak boleh lancarkan pembuangan toksix.. so takde sembelit lagi.. wadduhhh benda paling fobia adalah sembelit ketika pantang...sebab dalam pantang kite kurang minum air, makan nasi pun kering2.. huhu so minum aloe campur dgn air masak memang banyak membantu..


cukup 3 jenis barang ni je dah boleh sihat dan kurus sekali dalam pantang..hihihi yang penting no pil.. i dont like.. hahahah korang yang pandai telan pil senang la cakap.. aku tidak sama sekali.. aku sanggup hancurkan pil tu utk telan..hahahaha

harga nye, boleh lah google jugak.. kalau tak mampu nak beli 3 item ni utk sebulan, dah boleh kumpul duit jugak dari sekarang.. hihi 9 bulan x rm100 dah banyak dah boleh beli..hihi

ok rasa dah cukup barangan utk pantang si ibu..

nanti kite tengok barangan tuk baby plak.. yang penting sediakan ongkos nye saja..hahahaha

kalau korang ada cadangan jenama apa yang best utk minyak urut ke, apa ke boleh komen ye... tq..