Wednesday, April 28, 2010

♥kasut baru alysha♥

beli kasut nie kat online FB....xsangka plak penjual online tu kenal aku...rupa nye satu sekolah dulu...hahahaha...kenal plak aku....

so, tranfer duit kat akaun dia, 3 ari lepas tu org pos laju anta barang....

yey!! kasut alysha dah sampai....

nie gambar nyer...masa nie kat kenduri kawin jang, hehehe...bergaya sakan anak dara aku nie...
cantik x....hahahah alysha nampak kasut pink jerr, terus masuk mulut...

semua dia nak masuk mulut...




Friday, April 16, 2010

sifat lelaki vs sifat perempuan


(L) Mempunyai ego tersendiri yang menyebabkan sukar menerima pertolongan orang lain dan pandangan orang lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan orang lain lebih2 lagi dgn orang yang dicintainya.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yang tidak berbelah bagi.

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yang berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya orang yang disayangi.

(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpada orang lain tentang masalah yang sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yang lambat reda.

(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yang mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.

(L) Mempunyai fikiran yang bersif
at makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.

(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pada yang satu.

(L) Suka menyendiri dan berd
iam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

(L) Agak keberatan meminta maaf
(P) Lebih mudah meminta maaf


(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran

(L) Suka MEMBUAT keputusan
(P) Suka MENGIKUT keputusan


(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P) Suka bersama keluarga

Thursday, April 15, 2010

♥jalan-jalan sambil tenang kan diri♥


semalam cuti xkan duk umah je kan??? so, kuar lah jalan alamanda...tu je yg mampu pegi, jauh2 org xnak bawak..so terima lah kenyataan...
pukul 4 sampai alamanda shopping nestum alysha, beli baju n mainan tuk dia..
punya lah suka duk kat walker tu...xpandang bonda langsung dah...
lepas tu lepak makan kat mcd...pastu terus gerak...
gerak plak dataran putrajaya...
so amik la gmbar guna hp murah ayah dia tu..hahaha
alysha nak lelap dah masa tu tp kejut gak...seb bek xnangis....layan je bonda n ayah nye..hahaha
dah penat amik gmbar balik la....
sampai umah tukar2 baju terus lelap si kecik tu..penat agak nyerr..huhuhu


mulut ternganga nampak pakwe ensem lalu...shaaaa tutp mulut tu sikit, masuk lalat laaa....hahahaha


manja bonda n ayah nie...layan je perangai ayah n bonda...muka berkerut tgk pangai ayah n bonda..hahahaha


tgk muka seronok dia tu...adeeehhh...shaaa luv you....!!!!

Wednesday, April 14, 2010

perkara terbaru alysha belajar...



video
sila perhatikan mulut dia...."bonda sapa yg bucukk niee???"

alysha semakin pandai meniru gaya org...ape yg bonda n ayah buat, cepat je dia tiru...
arini 14 april, kami semua cuti kat umah, malam td alysha demam tapi xdelah teruk...
so, mlm td meragam la sikit, bonda n ayah mengantuk, terus cuti...hahahhaa
so far alhamdulillah semua nye ok..
alysha makan ubat ye, cepat baik...


Tuesday, April 13, 2010

BAHAGIA ITU BILA MEMBAHAGIAKAN....

Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiaakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia. Sesungguhnya bahagia itu bukan “benda” yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin “diberikan” akan bertambah terangnya. Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam… tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.

Siapakah orang yang paling
hampir? Siapakah yang paling layak kita berikan bahagia? Selain kedua ibu-bapa (bagi seorang lelaki), maka isterinyalah yang paling utama diberikan kebahagiaan itu. Jika isteri yang di sisi tidak bahagia, jangan harap kita boleh membahagiakan orang lain. Dan paling penting, jika isteri sudah menderita itu juga petanda yang kita juga menderita – ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia.

Apakah langkah per
tama untuk membahagiakan isteri? Ya, pertama, hargailah kehadirannya. Rasakan benar-benar bahawa sidia adalah anugerah Allah yang paling berharga. Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan, justeru dia adalah anugerah khusus daripada-Nya buat teman hidup kita sepanjang kembara di dunia. Isteri kita ialah jawapan Tuhan pada doa yang selalu kita pohonkan.

Ingatlah baha
wa yang paling berharga di dalam rumah kita bukannya perabot, bukan peralatan eletronik, komputer ataupun barang-barang antik yang lain. Yang paling berharga ialah manusianya – isteri atau suami kita itu. Itulah” modal insan” yang sewajarnya lebih kita hargai daripada segala-galanya. Tetapi benarkah kita telah menghargai isteri atau suami lebih daripada barang-barang berharga di rumah kita?

Sayang sekali, lain yang difikirkan lain pula yang
dirasa. Cuba renungkan, berapa ramai para suami yang lebih prihatin tentang perasaan isteri berbanding ‘keadaan’ keretanya. Batuk isteri yang berpanjangan semacam tidak kedengaran. “Batuk” kereta yang sedikit cepat-cepat dihantar ke “workshop” untuk diselenggarakan.

Itu belum dikira lagi kaki pancing yang setiap hujung minggu berkep
it dengan joran dan umpan tetapi membiarkan anak-anak dan isteri kesepian di rumah. Atau para isteri yang leka dengan aorkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya.

Bila kereta ‘aneh’ sedikit bunyinya, cepat-cepat diusung
ke workshop, dibetulkan enjin, ditunekan semula bunyinya. Tetapi isteri yang batuk-batuk, lenguh dan sembab dibiarkan… alasannya, itu memang adat, badan dah tua. Itu belum dikira yang ‘workoholic’ – bekerja siang, malam, tak kenal cuti dan rehat… Bila ditanya mengapa begitu sibok? Dia menjawab, demi isteri. Padahal, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan isteri. Aneh juga, ada yang mencari duit sampai tidak sempat menikmati duit. Bila duit sudah terkumpul, kesihatan sudah tergadai, rumah tangga sudah berkecai, isteri telah terabai.

Sesetengah bertanya? Bagaimana kita boleh mengharagai pasangan kita. Insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan. Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. Mulakan dengan memandangnya dengan pandangan kasih… mungkin wajah isteri kita sudah kedut, tetapi rasakanlah mungkin separuh “kedutan” itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita. Mungkin uban telah penuh di kepala suami kita, tetapi uban itu “mercu tanda” pengorbanannya membina rumah tangga dan keluarga kita.

Itulah pandangan mata hati namanya. Kalau dulu semasa awal bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini setelah lama bersama, pandangan kita mesti lebih murni. Tidak dari mata turun ke hati lagi, tetapi sudah dari hati “turun” ke mata. Yang kita lihat bukan “body” tetapi budi. Yang kita pandang bukan urat, tulang dan daging lagi… tetapi suatu yang murni dan hakiki – kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengorbanan, penderitaan – dalam jiwanya yang melakarkan sejarah kehidupan berumah tangga bersama kita!

Mungkin sikaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai siisteri. Atau petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama sang “permaisuri”. Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri tentunya lebih bahagia dan dihargai oleh seorang jutawan yang disambut di muka pintu villanya tetapi hanya oleh seorang “orang gaji”. Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya. Intan, permata tidak akan mampu membeli cinta!

Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata. Begitu selalu pesan cerdikiawan dan pujangga. Malangnya, kita selalu lepas pandang. Sesuatu yang ‘terlalu’ dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas. Isteri di depan mata, tidak dihargai. Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton TV daripada bercakap dengan isteri. Di sini apa kurangnya, tiga jam menonton TV bersama tanpa sepatahpun berbual. Suami dan isteri sibok melayani fikiran sendiri walaupun duduk hanya berselang beberapa inci.

Malah, bila berjauhan pun kekadang terlalu lokek bertanyakan berita. Jika duduk berjauhan, masa berSMS dengan teman lebih banyak berbanding dengan isteri. No news is a good news. Begitu selalunya, rasa di hati. Tetapi bila isteri atau suami diserang “sakit” – katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu puaslah kita menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi. Waktu itu barulah duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami kita yang berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara…

Hidup terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak kan kembali. Yang hilang, mungkin tumbuh lagi… Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula. Apakah ibu-bapa yang ‘hilang’ akan berganti? Apakah anak, isteri, suami yang ‘pergi’… akan pulang semula? Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Mungkin esok, anda tidak ‘pulang’ atau tidak ada lagi sidia yang setia menunggu di sebalik pintu. Mungkin anda ‘pergi’ atau dia yang ‘pergi’. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!

BUAT KEKASIH (isteri kita)

Sungguh aku tidak akan meninggalkan mu
Masakan dalam diri ini aku bisa lupa
Pada orang tersayang yang banyak berjasa
Aku tidak akan lupa…

Dalam ria dan tangis mu
Sentiasa aku ada di situ
Walaupun kita berpisah…
Tetapi cinta dan kasih kita tidak!
Kau ku sayang…
Itulah teman ku sepanjang jalan

Kekasih,
Kekadang lidah letih menuturkan
Badan penat menghantarkan
Akhirnya bicara cinta terhantar hanya melalui sendu
Bisu… tetapi getarannya tidak pernah diam
Dan tika berpisah sendu itu memuncak
Ingin ku dakap,
Ingin ku peluk,
Tidak mahu ku lepaskan
Tapi siapakah kita yang tidak mahu merelakan
Cinta itu semakin kukuh…
Bila menjauh

Sayang,
Aku tidak pernah meluahkan
Bila jemu, letih dan putaran hidup kian mencengkam
Tetapi percayalah…
Cinta ku tidak pernah letih
Sayang ku tidak pernah padam
Dalam sunyi dan ratap
Engkau tetap hadir dalam doa dan harap

Ya, Allah..
Rahmati kekasih hati ku di bumi
Agar cinta kami membumbung tinggi
Tiada sempadan, tiada tara,
… sampai syurga!
Amin.

aLysHa berumur 6 month 1 week


alysha semakin membesar.semua yg tgk alysha ckp alysha makin tembam.tapi aku yg slalu tgk dia 24 jam, aku rasa dia biase jerr..huhuhu....
letih memang letih layan budak nak membesar nie...kini dia plak dah pandai maju, merajuk pun boleh tahan...
rasa nak picit2 je kalau geram dgn dia, tapi geli hati pun ade layan dia nie...
yg bagus nye dia nak dgn semua org, xdelah nak melekat kat aku jerr..letih wooo...
pasal berjalan, dia no 1...ikut bonda dgn ayah dia kot...pukul 4 pagi pun mata dia tahan...asal, cukup susu semua, dia relax je lah...
alhamdulillah alysha xde lah dijangkiti penyakit yg serius sekarang nie..mintak dijauhkan...
sekarang aku duk berhati2 utk family planning seterus nye...xnak lah alysha dpt adik cepat2..
dh banyak dpn mata terjadi nie..kawan2 anak baru setahun dah pregnt lagi..kakak pun cmtu gak sebab xpakai perancang apape..aku pun malas nak pakai, byk risiko...ingat nak rancang sendiri, mintak2 la berjaya...
kini aku nak besar kan alysha dgn kasih sayang yg secukup nyer....
sebenar nye xpuas enjoy..so, bagi lah kami bertiga ruang untuk enjoy sepuas2nye dulu baru pk pasal adik ye alysha...huhuhuh...
banyak perancangan...dulu masa caple, pantang jumpe mesti nk berdating jerr..xkan dah kawin,
tinggalkan ai dgn anak kat umah jerr...
nak gak berjalan, merantau tempat org...syoknyerr..xpelah susah ade bdk pun, yg penting hati happy..alysha pun xbyk meragam, mesti ok punyerrr...hehehe...so, tunggu ade rezeki lebih nanti, nak la g langkawi, pulau2 ker...mesti syok..kan kan...
hidup mesti enjoy barulah rumah tangga aman dan bahagia...