Tuesday, September 1, 2015

LANGKAWI PART 1~ salah nama di tiket kapal terbang...

Seminggu sebelum berlepas ke langkawi, dah stanby semua tiket.. double cek.. 
Tetiba ada kesalahan nama.. adoiii...
Nama anak kakak sepatut NUR AIN DAMIA BINTI MOHD ADIB pergi bubuh BINTI MOHD ANUAR plak..

Calling member keje air asia, dia kata boleh betulkan.. dia tak cite plak ada bayaran.. godek punya godek boleh je nak edit by akaun air asia tu tapi tak reti dan tak paham.. haha

So amik keputusan nak g airport je, di kaunter senang sikit nak berurusan dan nak tanya macam2 kan.. Lagi pun rumah dgn airport tak sampai 30 minit pun..

Sebelum tu kene lah bawak segala dokumen supaya boleh mereka uruskan.. Kene lah ada MYKID/MYKAD yang original, bawak lah no booking air asia tu..

Sampai sana terus carik kaunter cstmer servis air asia..

Jumpe sorang girllll ni.. dia kata boleh je edit, bagi semua dokumen.. Tetiba dia cakap " kalau edit nama kene bayar RM10/nama ye cik".. aku pun kata iya kan jelah.. rm10 je pun.. aku pun lupa nak tanya member ada bayaran ke.. so dah kelam kabut aku tak lah nak call member dulu baru bayar.. nama yang nak di edit 2 orang so RM20. BAYAR JELAHHH... setle aku pun balik, baru call member bgtau dah setle dan kene bayaran.

Member pelik... mana ada kene bayar beb... waaaaa.. biar betik.. betul la beb, xyah bayar.. cisss... tak lah teringat nak tanya nama girlll tu.. dah usya name tag tak nampak plak.. aku kata tak pelah beb dah bayar pun.. member kata rm20 boleh buat makan sehari tu beb.. kalau 10 cstmer dia cas mau kaya tu... xpelah beb, nak pegi sana serang pun xberbaloi... ko tunggu jelah kat akhirat nanti menipu org.. huhuhuh

so pada yang salah nama pada tiket kapal terbang AIR ASIA.. boleh edit tanpa bayaran.. TANPA BAYARAN... huhuhuhuh 



Thursday, August 20, 2015

Homeopathy (rawatan untuk batuk kahak selsema bagi baby umur bawah setahun)


Jumaat 
mlm alya start demam.. Bisik dlm hati demam nk besar agaknye.. So lap2 bdn bagi suhu turun dan susu kan dgn susu badan byk2..

Sabtu
alya muram je, bdn masih panas suam2.. Mula start batuk2, batuk bukan berkahak tapi batuk yg gatal je tekak.. Alya xnak main, susu pun kadang2, makan pulak abis 1 mangkuk.. So masih xde rasa risau lagi sebab alya selera makan.


Ahad 
masih sama, badan masih panas, lap2 bagi turun suhu,makan masih lalu lagi abis semangkuk bubur.. Mula kerap batuk.. Dah xnyenyak tdo.. Dalam hati esok klu masih demam kene g klinik cek darah.
Isnin 
badan dah tak berapa panas, aku hantar alya ke taska dan pesan ke cikgu tolong pantau sebab masih belum sihat 100%. Dan pesan kalau panas terus bgtau aku akan dtg segera.. Pukul 10 cikgu call kata alya xnak susu langsung, aku memang cadang nak bawak alya pun arini.. So dtg taska amik alya terus pegi klinik p18. Cam biasa kami katogeri pesakit luar.. Nurse cek suhu 37'c, masih demam.. Terus g makmal amik darah. Setle amik darah baru jumpe doc. Masuk bilik doc,dia cek nafas alya, kiraan dia nampak nafas ada laju sikit katanya, dia kata amik gas dulu, nanti jumpe dia balik.. Pegi amik gas dlm 10 minit, meraung2 alya.. Setle masuk bilik doc balik. Doc kata ujian darah ada sikit jangkitan kuman so dia bg antibiotik dan ubat demam je.. Dia rekemen buat wap stim kat rumah untuk cairkan kahak atau hingus nye.. Balik rumah terus bg mkn ubat antibiotik.






Selasa
aku cuti jaga alya, tgk alya masih demam sikit dan lemah.. Baring saja masih xnk main.. Merengek.. Bubur dah start dah xselera nk telan. Batuk makin kerap dan disertai dgn muntah. Aku rasa lagi ok dia muntah sebab boleh keluar semua kahak nye.. Muntah pun muntah lendir putih.. Petang aku buat stim wap dengan bawang putih.. Lepastu mandi dengan air lemon.. Nampak xde apa perubahan, masih lagi batuk dengan kerap hingga merah2 muka.. Malam nampak sikit dia baru nak bergerak main, capai2 mainan. Batuk still xde perubahan. Muntah atas katil.. 
Rabu
aku pergi keje anta alya ke taska, pesan dengan cikgu kalau ada apa2 tolong bgtau.. Pukul 11 cikgu call kata alya xnak susu, susu minum 1oz saja. Bubur pun xnak makan, di keluarkan dr mulut.. Pastu tak main, baring tdo... Cikgu risau dia lembik sebb tak minum dan makan terus call aku. Aku terus pegi taska.. Taska 5minit je sampai bawah opis saja.. Pergi amik alya borak dgn cikgu dia syorkan amik homeapathy ni kat pkns bangi tingkat 2. Dia kata makan tu anak dia elok xperlu amik gas lagi.. Aku terus pegi sana tghari tu. tunggu lama pun takpe asal anak sihat semula.. Borak2 dengan ustad tu, dia bagi ubat. Ubat tu masuk je dlm mulut baby, dia akan cair, rasa pun manis(dia yg cakap,aku tak rasa pun). Dia kata stopkan dulu antibiotik dan kosisten ubat homeopathy ni. Masa kat dlm homeapathy tu nampak noted bgtau harga untuk kanak2 maxima rm30 sahaja tidak akan lebih, manakala dewasa rm40. So jgn risau mahal ye.. Balik opis bawak alya masuk opis. Pukul 4 aku da start bagi, makan setiap 1/2jam.. Tgk cm alya boleh larutkan ubat tu dlm mulut. So oklah.. Bagi sampai pukul 6 tadi masih takde muntah, ustad tadi cakap dia akan muntah utk keluarkan kahak tu, tapi masih tak muntah. Pukul 6 aku suap bubur, makan jugak la 6-7 suap walaupun tak abis. Asal dia ada tenaga.. Susu plak memang dia nak la sebb direct feed dgn aku.. Kalau botol memang dia reject kot sebb tak sihat. Malam ni dia dah mula nak main.. Merangkak la 10 kedepan. Masa demam xmerangkak langsung. Ok dah lepak2 dlm bilik alya batuk2 dan keluar lendir ikut mulut, nampak cam ada sikit hijau dan putih2.. So aku cam lega, dia muntahkan.. Skrg alya dah tdo, tgk batuk masih ada tapi kurang, dada nye pun xde bunyi sangat.. Esok pegi taska cam biasa dan minta cikgu tolong suap kan ubat.. Harap alya cepat sembuh.. Aku risau kalau batuk lama2 akan jangkit kat paru2 kuman. Lagi parah.. Ada jugak dengar homeopathy ni bagus.. Tapi tak pernah cuba.. Apa salah kite usaha kan..




Khamis
alya pergi taska macam biasa.. pesan banyak kali kat cikgu kalau ada pape call terus.. pukul 10 wasup cikgu tanya alya ok ke? cikgu kata alya ok cuma ubat xleh nak ikut sangat 1/2 jam bagi, kite pun paham cikgu sibuk uruskan baby lain. asal dia terus makan sudah la.. cikgu pun kata dia dah tak lemah cm semalam.. dah nampak nak main dengan kawan2.. so lega lah dengar nye.. cikgu pesan jangan risau ye..harap alya terus aktif dan sihat..



rindu nak tengok dia senyum, lasak ke sana kemari merangkak..

Friday, March 6, 2015

Selamat bersalin permata ke-3 DI RUMAH...!!!

Selamat semua nya setelah 38week.. Tanpa diduga aku bersalin dirumah.. Soklan biasa ditanya "tak rasa sakit ke masa tu?" " xde tanda ke masa tu?" Huhu jawapan aku ada tanda dan sakit tapi tak sangka plak nak bersalin se awal itu.. Mean sakit pukul 4, 4.18 baby dah keluar.. Cepat kan? Contraction sekejap je dah rasa kepala nak keluar dah... Ok2.. Kite cite satu persatu ye...

18hb aku pergi kerja macam biasa, tak de sakit tapi dah ada coklat2 kat panty.. Aku wasup mak aku, bff aku yg baru bersalin tanya, da ada darah kat panty tapi takde pun rasa sakit contraction, so nak kene g spital ke? Aku malas betul nak pegi spital kalau tak sakit lagi, kang seluk sana seluk sini, xsakit jadi sakit plak.. So buat keputusan biar dulu tgk ptg atau malam ni kalau ada rasa sakit pinggang baru g spital cek.. Malam pun berlalu, xde sakit apa..

19hb aku g keje macam biasa, kawan opis siap tegur, aik ada lagi? Hahahah ada lah sebb tak sakit lagi... Kebetulan hari jumaat tu ada jamuan kakak opis ni nak bersara, sempat lah melantak rezeki depan mata.. Balik dari jamuan sempat lagi g jualan opis beli brg last sebb tau dah tak lama dah nak bersalin ni.. Sempat beli barut, bengkung, stokin, hahahah

20hb sabtu cm biasa xde g mana lepak rumah, masih xde sakit pinggang.. Hubby ada ajak petang kang kite g balakong lawat kawan mil.. Aku ok kan je.. Pukul 3 anak tdo lagi aku pun tdo jugak bangun nak siap2 tu rasa nak terkucil g bilik air nampak cam air jernih kat panty.. Terus wasup mak tanya lagi, kalau air ketuban bukan banyak ke? Ni sikit je.. Mak kata sakit tak? Xde la sakit sangat, sakit nak jalan tu je cm xlarat.. Aku pun siap2 la pakai apa yg patut nak g balakong jugak.. Mil aku nampak muka aku dah kerut2 cm sakit, mil terus kata tak payah la pegi, lagi pun rumah kawan tu naik tangga kang terberanak plak.. Aku terus letak beg baring balik.. Sebelum tu sempat capai kurma 1 plastik bawak masuk bilik.. Baring2 tu aku kunyah la kurma sebb lapar xmakan nasi lagi dah pukul 4.. Adalah dalam 3 bijik kurma aku makan.. Tetiba terus sakit yg sangat2 sakit bukan sakit sikit2, ni sakit nak bangun pun xboleh dah.. Terus panggil hubby, nak bersalin dah ni.. Muka hubby dah cuak, nak g spital ke? Aku try bangun tapi tak boleh, hubby terus call 999.. Masa tu contraction tak kuat lagi.. 999 sambungkan ke hospital putrajaya dan dia kata akan hantar ambulan..

Sementara tunggu tu mil dah kelam kabut takot, panggil bini jiran2 yg ada.. Kak farah jiran sebelah umah datang tenang kan aku, aku selawat x putus la.. Time cotraction je aku jerit la jugak, sakit kot.. Lantak lah org dgr ke apa, tau org nak bersalin.. Dalam 5 minit tunggu aku dah sakit tak tahan dah, aku  cm nak marah pun ada, mana ambulan ni lambat nyee... Dah rasa kepala nak kuar ni...!!! Hahahhaha hubby call lagi 999.. Dia kata tgk kalau nampak kepala, sambil pegang hp sambil tgk, aku dgr dia ngucap, ya allah dah nampak kepala... Haaa baru ko tau.. Aku meraung lagi, cepat la mana ambulan ni... 999 tu siap cakap kite guide kalau dah kuar baby nak ikat tali pusat cm ne nanti..
Aku dah xboleh tahan, konon tak nak push la, nak tunggu ambulan dulu, dalam hati aku, aku dah rasa kepala aku push je ni.. Nak tahan apa lagi.. Elok je sakit aku teran terus, rasa kepala kuar, teran lagi sekali bahu plak kuar, terus meluncur dgn air2.. Kak farah jiran aku yg sambut.. Terus dgr baby nangis.. Elok baby nangis, ambulan pun sampai.. Terus kak farah pas baby kat nurse.. Terus potong tali pusat.. Amik kau... Huhu mengucap alhamdulillah bila dah kuar...

Nurse bagi suntikan utk kecut kan rahim, pastu terus bawak naik ambulan.. Uri masih kat dlm perut.. Nurse kata kat hospital kite kuarkan.. Naik ambulan sampai je hospital terus masuk labour room utk kuar kan uri.. Ingat kan tak de la jait sebb xde svd(gunting), rupa nya koyak jugak..







Dalam perjalanan dalam ambulan, aku still rasa sakit macam contraction, aku tanya nurse kenapa sakit lagi ye, dia kata memang rasa rengat sebb kite bagi suntikan kecutkan rahim.. ooo sakit kot,,,
sampai dia jahit jugak mcm biasa la.. mula2 tak bius, aduuuhh aduuhh aku cakap, dia tanya sakit ke? sakit la mek.. adoii lepastu baru dia bius.. sabar jelahh.. baby dah bersih dia letak atas dada kite, sambil nurse jahit.. huyaiii... lepas abis semua doc kata baby kene tahan nicu sebb lahir kat rumah takot ada jangkitan kat tali pusat so kene bagi antibiotik dan kene tahan di nicu, aku plak doc hantar ke ward di presint 8.. baring 5 minit je, dia bagi discharge..huhuh

aku pun balik tanpa baby.. besok call tanya baby dah ok ke dah boleh keluar ke, dia kata belum boleh keluar lagi, dia mintak aku datang balik ward sebb ada kosong dan baby boleh kuar nicu dah, so aku boleh susu kan baby.. kemas2 barang g ward presint 8.. situ sangat selesa, 1 bilik 1 pesakit.. so boleh tutup pintu.. dan bilik air pun selesa macam ada kat rumah.. hihi
bacaan kuning dah naik.. so letak bawah lampu baby..


kesian sangat... badan dah tak sedap sebb tak mengurut lagi.. sakit rengat tu masih ada.. sakit sgt2.. kalau tdo pun boleh terjaga... hari ke 5 baru boleh keluar ward.. seronok sangat sebb boleh mengurut..
lepas tu baby prolong jaundis, lambat turun kuning nya..tapi alhamdulillah cek darah dan air kencing semua normal...

sampai lah sekarang saya dah 3 bulan... hihihi pengalaman sungguh...







Wednesday, December 17, 2014

Home pro ioi putrajaya


Niat di hati nak g Homepro nak beli rak utk baju baby... so pegi time keje tak jem, parking pun senang dapat.. dan dah 38week xdaya lah nak round 1 1 floor.. terus carik peta dlm ioi tu carik mana homepro.. so homepro di tingkat LG belah ujung sekali.. kalau carik belah ujung sini tak jumpe, pegi lah belah ujung sana...hahahaha 

Jumpe terus la masuk.. langkah je masuk memang sebijik la macam kat IKEA.. tapi IKEA lagi besar lah.. yang ni sempit sikit...

Antara barang yang diusya boleh cuci mata gambar kat bawah... harga boleh lah zoom ye,,,


cantik benda alah ni... boleh buka dan isi barang dalam dia..



cantik2 toilet dia.. nak bath tub pun ada.. kalau lah aku kayaaa.....hahahaha


ni glases wallpaper.. xbanyak sangat pilihan..


rak ni pun cantik.. harga pun boleh tahan...


ok sampai kat area gardening ni boleh lah berangan.. tapi ni cuci mata dulu.. dah ada dana dan barget boleh lah carik barang kat sini..


ni pun pujaan hati, tapi kalau tanah kat rumah tu setapak dua baik letak dalam rumah je..hahahahah


ni pun nak beli jugak ikut hati tapi malas nak kecah dapur lagi.. dulu masa buat dapur tak terpikir plak nak pasang.. kalau takat tampal je ok lah.. ni kene pecah bagai malas lah...



ni pun murah tapi dah ada dah kat rumah rak ni, cuma kaler dia je xsama, kalau nak kaler boleh je beli cat pink kaler balik, xelok membazir...hahahah


rak ni pun ok tapi mahal boleh tahan, plastik je pun...huhuhu


ok so pusing2 tak de plak benda yang nak... sakit plak hati.. nak datang lagi memang tak lah, tantah esok lusa dah bersalin..hahahaha nak pakai time pantang je pun..

so balik lah dengan hati kecewa.. so nak lepaskan geram kite singgah sini dulu..


kakak scha pilih airkrim pink la apa lagi.. bonda pilih vanila oreo, ayah pilih coklat..

scha siap pesan "lepas ni jgn campur, cakap kat acik tu letak mangkuk asing2" sebab dia nak makan aiskrim dia je pink, bila bonda cuit sikit aiskrim dia, dia marah...hahahaha


ni gambar bapak buyung... hahaha


ni plak mak buyung... perut dah macam bola.. xlarat nak jalan.. #38week #anytime



Tuesday, December 9, 2014

Menunggu hari......

Biasa 37 week dah boleh bersalin.. orang kata dah tunggu hari.. huhuh dah nak dekat ni, sakit macam2 plak timbul.. 
semalam naik ulser plak bawah lidah, nasib baik tak banyak, tak de demam dan tak de lah hilang selera makan...

gambar ehsan google

lepastu batuk pulak datang.. kahak mula bersarang.. sakit bila batuk sakit tang perut dan ari2... adoii la...

kawan2 seangkatan dah selamat semua.. ada yang normal, ada yang bersalin di rumah.. huhuhu aku ni tak tahu lagi nasib macam mana,,

semoga allah permudahkan urusan bersalin nur adibah rusli...aminnn...
semoga sakit2 ni cepat lah baik sebelum bersalin ni...


Friday, September 12, 2014

BERPANTANG dengan HERBALIFE...

aikk baru 24week dah pk pasal berpantang?? of cozz... bagi perempuan semua tu kene pk awal, sapa nak mengurut, kos mengurut, nak amik set berpantang apa, nak berpantang kat mana.. semua tu dah kene pk.. pasal kos plak, dah boleh start simpan duit untuk semua kat atas ni.. barangan baby mana yang kurang je.. sebab kebanyakkan dah ada kakak2 nye.. hihih
so apa yang ibu pantang perlukan???

Pertama : BENGKUNG (DONE)

 bengkung ada bengkung moden dan ada bengkung jawa.. aku lagi suka bengkung jawa sebab ketat dan senang nak g bilik air xperlu buka kalau pandai pakai.. bersalin dekna tukang urut pakaikan bengkung jawa, sangat selesa, tapi 3 hari jelah, sebab dia dtg mengurut 3 hari, lepastu pakai bengkung biasa jelah, sebab tak reti nak pakai sendiri bengkung jawa tu..huhuhu
so bengkung jawa dah ada.


ni bengkung jawa


bengkung zig zag 


Kedua : HERBA MANDIAN (DONE)

herba mandian ni boleh je beli yang dah siap jual kat kedai jamu, macam bunjut tu.. tapi ni aku dah masuk pakej dengan mengurut. so ni tukang urut yang sedia kan..

Ketiga : MINYAK URUT

minyak urut nanti baru beli, jenama apa tak kisah, akan review blog sesapa nanti utk jenama. mana tau ada yang wangi ke..hihih

Keempat : PARAM DAN PILIS

ini tukang urut sediakan rasanya.. huhuh nanti tanya balik, kalau dia dah sediakan senang la.. xyah beli lagi, dulu pun beli tak pakai.. huhuhu malas nak tepek..

Kelima : BATU TUNGKU

batu tungku ni kene lah beli, dulu beli yang tungku herba tak pakai pun, masa tukang urut pakaikan je guna.. so yg ni ingat nak beli 1 batu, free2 sambil tgk tv boleh tungku.. jangan malas okeh kalau nak cantik dan sihat...hahahah yg ni belum beli, nanti nak carik atau pun pinjam je..huhuh ada orang kata lagi elok pakai batu bata merah tu..heheh rasa nak test la.. dapat sebijik stanby depan rumah, nak pakai nanti amik je...hihihi


batu tungku sekarang yg dijual.. 
kalau yg bulat batu sungai la apa la tu selalu tukang urut je ada..susah nk carik tp sedap bila bertungku..

Keenam : TUKANG URUT (DONE)

tukang urut kalau boleh nak yang boleh datang sendiri ke rumah, so xperlu gi amik dia macam kat kampung.. senang amik pakej sekali duit myk dia dtg rumah kite..hhihih
so, kebetulan ada sedara yg buat sesi urut mengurut ni, so boleh kawtim harga..

PAKEJ RAWATAN LEPAS BERSALIN
Pakej 1: RM 150 per sesi (1jam 45 minit)
• Urut bersalin 1 badan
• Tuam satu badan dan tungku (hot stone therapy)
• Penyediaan mandian herba ibu
• Pil Herba NR
• Pakaikan bengkung (bengkung tidak disediakan)
• Param NR • Pilis NR
• Mandi baby (atas permintaan)
• Rawatan tambah susu atau rawatan susu tersumbat (atas permintaan)

Pakej 2: RM 120 per sesi (1jam 40 minit)
• Urut bersalin 1 badan
• Tuam satu badan dan tungku (hot stone therapy)

Pakej 3: RM 100 per sesi (1 jam 15 minit)
• Urut bersalin 1 badan
• Pakaikan bengkung (bengkung tidak disediakan)
• Penyediaan mandian herba ibu
• Param NR • Pilis NR
• Pil Herba NR

Pakej 4: RM 70 (1 jam) - RM70
• Urut bersalin 1 badan

PAKEJ RAWATAN PENUTUP PANTANG ( mula hari ke 30 )
Fungsi: utk merawat rahim ibu dengan mengeluarkan lebihan darah kotor dari dalam rahim. Lebihan darah kotor ini jika dibiarkan boleh mendatangkan masalah kesuburan, fibroid, cyst dan pelbagai masalah sakit puan yg lain.
Pakej 1: RM 220 (2 jam)
• Urutan pulih & seri dara
• Tuam 1 badan
• Set tangas utk 14 hari (periuk tanah, batu sungai, paste tangas)

Pakej 2: RM 160 (1 jam 15 min)
• Urutan pulih & seri dara
• Set tangas utk 14 hari (periuk tanah, batu sungai, paste tangas)

Pakej 3: RM 100 (1 jam 15 min)
• Urutan pulih & seri dara
• Rawatan tangas utk sehari

PAKEJ RAWATAN PELEPAS PANTANG ( mula antara hari ke 50 – 60)
Fungsi: utk menghilangkan bau2 rempah jamu pada badan ibu. Menghaluskan kulit. Mengembalikan aura ibu.
RM 220
• Urutan pulih & seri dara (60 min)
• Face mask (20 min)
• Body n facial scrub (40min)

Ni antara pakej dia... so boleh pilih nak berapa sesi dan pakej yang mana sesuai dengan barget anda.. hihih
kalau nak tanya pape boleh pm fb dia Pakej mengurut.
YANG NI KENE LAH SEDIAKAN ONGKOS NYE DARI SEKARANG, MENYIMPAN DARI SEKARANG.. HEHE

Ketujuh : SET BERSALIN (DONE)

Set bersalin ni nak cite aku ni TAK SUKA MAKAN UBAT PIL.. apalah lagi yg pait seperti JAMU.. hahahah kalau beli ratus2 yg set, makan 2 3 kali je pastu tak makan dah.. so yang ni nak pantang dengan HERBALIFE.. bukan pil dan bagus.. kalau tak caya cuba try.. sebab tau bagus, saya dah makan sebelum preggy lagi, memang berkesan. kite dalam pantang anak kuning je dah tak boleh makan jamu, kene stop, bila dah stop terus stop selama2 nye..hahahaha dan dalam pantang aku selalu sembelit.. macam nak mati rasa sembelit dlm pantang...hahaha so set bersalin herbalife :

F1 SHAKE : 
shake ni boleh amik 2x sehari, untuk kenyang, banyakkan susu ibu, dan adalah sampingan seperti boleh kuruskan badan juga..hihi kite pantang ni kekadang tak tahu nak makan apa sarapan. ini tak boleh itu tak boleh, so xyah pk2, shake je.. kalau nak lain2 perisa pun boleh pilih.. kalau bosan 1 perisa je kan.. boleh makan dengan buah atau blend skali shake dengan buah..


TEA MIX :
tea mix ni org kata bagus juga buang toksix dalam badan yang penting boleh diambil walaupun menyusu badan.. kalau nak tau apa lagi kelebihan dia boleh lah google..huhuhu


ALOE VERA :
yang ni plak boleh lancarkan pembuangan toksix.. so takde sembelit lagi.. wadduhhh benda paling fobia adalah sembelit ketika pantang...sebab dalam pantang kite kurang minum air, makan nasi pun kering2.. huhu so minum aloe campur dgn air masak memang banyak membantu..


cukup 3 jenis barang ni je dah boleh sihat dan kurus sekali dalam pantang..hihihi yang penting no pil.. i dont like.. hahahah korang yang pandai telan pil senang la cakap.. aku tidak sama sekali.. aku sanggup hancurkan pil tu utk telan..hahahaha

harga nye, boleh lah google jugak.. kalau tak mampu nak beli 3 item ni utk sebulan, dah boleh kumpul duit jugak dari sekarang.. hihi 9 bulan x rm100 dah banyak dah boleh beli..hihi

ok rasa dah cukup barangan utk pantang si ibu..

nanti kite tengok barangan tuk baby plak.. yang penting sediakan ongkos nye saja..hahahaha

kalau korang ada cadangan jenama apa yang best utk minyak urut ke, apa ke boleh komen ye... tq..

Wednesday, July 9, 2014

my new baby

Cam biasa dah lama tak update blog.. bukak pun just kemas2 kan je..

ni nak cite pasal my new baby.. bukan dalam perut tapi luar perut..hahah

aku baru je beli hp baru iatu iphone 5s.. tu pun dari bulan dec menyimpan, nak beli cash memang aku bukan orang senang.. kene kumpul dulu baru lah merasa..


dah lama mengidamkan hp ni.. amik silver je.. gold tak mampu jugak..hahah

mula2 duk belek2 hp ni, konon nak masukkan simkad.. rupa2 nye simkad dia guna nano simkad 2x lebih kecil. try la google, simkad ni boleh tukar ke nano simkad tapi kene buat di centre.. contoh aku pakai maxis, so semalam g lah maxis centre alamanda.. 

buat tak sampai 5 minit pun, sebab xde org pun iya.. bayaran tukar simkad biasa ke simkad nano ni rm8.80 je.. bayar lah sikit dari tak leh pakai langsung kan..


setle je pasal sim, lepak tepi masukkan lah dalam hp..

belek2, rasa puas bila dah memiliki.. so anak2 jgn harap lah dapat pegang.. dengar kakak kata "bonda tu sapa punya?? nak tgk boleh?" "tak boleh!!! kakak nye boleh pegang hp lama je.. hehehe lagi pun dalam tu banyak video kartun kakak.. so jgn berangan nak sentuh hp baru bonda..hahahah kang rosak..menangis tak berlagu.. cukuplah kakak dgn adik main ipad bonda ye..

pape pun sekrang ni, hp masih freshie org kata..hahah lagu 1 habuk pun tak de..
nampak gaya kene g kedai lah mintak masukkan lagu best2.. lagu raya ke..hahahah

yey!! raya ni pakai hp baru...heheheh

raya ni seronok la.. dapat raya umah baru, dapat hp baru..heheh tahun depan dapat baby baru plakk...




punya excited si kakak nakmen bunga api, terus g beli pelita pacak depan rumah.. men la bunga api sampai lebam... hahahah lampu liplap2 je belum pasang.. nanti misi mengemas rumah, nak raya dah, misi mencantikkan rumah lah apa lagi..

ok lah.. bubye...



Monday, March 3, 2014

kemasukkan murid tahun 1 pada 2016

Salah satu benda yang merunsing kan oleh seorang ibu ADALAH tempat sekolah anak atau pengasuh anak.. hahahaha

Dah boleh fikirkan kat mana nak sekolah kan anak tahun 1 nanti sekarang.

yang buat aku dilema, aku duduk dengkil, keje di putrajaya. So aku rasa lebih senang kalau anak sekali jalan dengan aku nak ke kerja. Aku nak sekolah kan anak aku di putrajaya.

Aku keluar rumah pagi pukul 6.20 sampai opis pukul 7, jadi aku rasa baik aku sekolah kan anak aku di putrajaya, tengahari nak amik pun senang dan dekat.

kalau keluar lambat pulak, sudah tentu jem dan parking dah penuh.. putrajaya tak de masalah lain, parking...parking... parking... errmmm...

aku try usya2 cara2 nak daftar online. dia memerlukan bil semasa untuk tengok alamat rumah. Dah tentu aku gagal sebab duduk luar putrajaya.

ada tak ibu2 mengalami benda macam ni? boleh ke kite buat rayuan untuk sekolah kan anak kite berdekatan dengan tempat kerja kita?

6.20 kuar rumah, nak anta anak pukul berapa? 6.30??? adoii la...


-------ok masalah selesai... terima kasih kepada yang menolong memberi maklumat----




Tuesday, July 23, 2013

PROMOSI DEEPAVALI FOR NURSING BRA





*BUY 4 NURSING BRA (KELLY @ SLEEP BRA) RM119
* PRICE INCLUDE POSTAGE
* BRA AKAN DI POS PADA 11/11/2013
* PROMOSI VALID 30/10/2013 UNTIL 6/11/2013
* BOLEH DEPOSIT DULU UNTUK BOOKING
* LIMITED STOK FOR LUNCH BEG (BOLEH PILIH DESIGN)