Tuesday, September 1, 2015

LANGKAWI PART 1~ salah nama di tiket kapal terbang...

Seminggu sebelum berlepas ke langkawi, dah stanby semua tiket.. double cek.. 
Tetiba ada kesalahan nama.. adoiii...
Nama anak kakak sepatut NUR AIN DAMIA BINTI MOHD ADIB pergi bubuh BINTI MOHD ANUAR plak..

Calling member keje air asia, dia kata boleh betulkan.. dia tak cite plak ada bayaran.. godek punya godek boleh je nak edit by akaun air asia tu tapi tak reti dan tak paham.. haha

So amik keputusan nak g airport je, di kaunter senang sikit nak berurusan dan nak tanya macam2 kan.. Lagi pun rumah dgn airport tak sampai 30 minit pun..

Sebelum tu kene lah bawak segala dokumen supaya boleh mereka uruskan.. Kene lah ada MYKID/MYKAD yang original, bawak lah no booking air asia tu..

Sampai sana terus carik kaunter cstmer servis air asia..

Jumpe sorang girllll ni.. dia kata boleh je edit, bagi semua dokumen.. Tetiba dia cakap " kalau edit nama kene bayar RM10/nama ye cik".. aku pun kata iya kan jelah.. rm10 je pun.. aku pun lupa nak tanya member ada bayaran ke.. so dah kelam kabut aku tak lah nak call member dulu baru bayar.. nama yang nak di edit 2 orang so RM20. BAYAR JELAHHH... setle aku pun balik, baru call member bgtau dah setle dan kene bayaran.

Member pelik... mana ada kene bayar beb... waaaaa.. biar betik.. betul la beb, xyah bayar.. cisss... tak lah teringat nak tanya nama girlll tu.. dah usya name tag tak nampak plak.. aku kata tak pelah beb dah bayar pun.. member kata rm20 boleh buat makan sehari tu beb.. kalau 10 cstmer dia cas mau kaya tu... xpelah beb, nak pegi sana serang pun xberbaloi... ko tunggu jelah kat akhirat nanti menipu org.. huhuhuh

so pada yang salah nama pada tiket kapal terbang AIR ASIA.. boleh edit tanpa bayaran.. TANPA BAYARAN... huhuhuhuh 



Thursday, August 20, 2015

Homeopathy (rawatan untuk batuk kahak selsema bagi baby umur bawah setahun)


Jumaat 
mlm alya start demam.. Bisik dlm hati demam nk besar agaknye.. So lap2 bdn bagi suhu turun dan susu kan dgn susu badan byk2..

Sabtu
alya muram je, bdn masih panas suam2.. Mula start batuk2, batuk bukan berkahak tapi batuk yg gatal je tekak.. Alya xnak main, susu pun kadang2, makan pulak abis 1 mangkuk.. So masih xde rasa risau lagi sebab alya selera makan.


Ahad 
masih sama, badan masih panas, lap2 bagi turun suhu,makan masih lalu lagi abis semangkuk bubur.. Mula kerap batuk.. Dah xnyenyak tdo.. Dalam hati esok klu masih demam kene g klinik cek darah.
Isnin 
badan dah tak berapa panas, aku hantar alya ke taska dan pesan ke cikgu tolong pantau sebab masih belum sihat 100%. Dan pesan kalau panas terus bgtau aku akan dtg segera.. Pukul 10 cikgu call kata alya xnak susu langsung, aku memang cadang nak bawak alya pun arini.. So dtg taska amik alya terus pegi klinik p18. Cam biasa kami katogeri pesakit luar.. Nurse cek suhu 37'c, masih demam.. Terus g makmal amik darah. Setle amik darah baru jumpe doc. Masuk bilik doc,dia cek nafas alya, kiraan dia nampak nafas ada laju sikit katanya, dia kata amik gas dulu, nanti jumpe dia balik.. Pegi amik gas dlm 10 minit, meraung2 alya.. Setle masuk bilik doc balik. Doc kata ujian darah ada sikit jangkitan kuman so dia bg antibiotik dan ubat demam je.. Dia rekemen buat wap stim kat rumah untuk cairkan kahak atau hingus nye.. Balik rumah terus bg mkn ubat antibiotik.






Selasa
aku cuti jaga alya, tgk alya masih demam sikit dan lemah.. Baring saja masih xnk main.. Merengek.. Bubur dah start dah xselera nk telan. Batuk makin kerap dan disertai dgn muntah. Aku rasa lagi ok dia muntah sebab boleh keluar semua kahak nye.. Muntah pun muntah lendir putih.. Petang aku buat stim wap dengan bawang putih.. Lepastu mandi dengan air lemon.. Nampak xde apa perubahan, masih lagi batuk dengan kerap hingga merah2 muka.. Malam nampak sikit dia baru nak bergerak main, capai2 mainan. Batuk still xde perubahan. Muntah atas katil.. 
Rabu
aku pergi keje anta alya ke taska, pesan dengan cikgu kalau ada apa2 tolong bgtau.. Pukul 11 cikgu call kata alya xnak susu, susu minum 1oz saja. Bubur pun xnak makan, di keluarkan dr mulut.. Pastu tak main, baring tdo... Cikgu risau dia lembik sebb tak minum dan makan terus call aku. Aku terus pegi taska.. Taska 5minit je sampai bawah opis saja.. Pergi amik alya borak dgn cikgu dia syorkan amik homeapathy ni kat pkns bangi tingkat 2. Dia kata makan tu anak dia elok xperlu amik gas lagi.. Aku terus pegi sana tghari tu. tunggu lama pun takpe asal anak sihat semula.. Borak2 dengan ustad tu, dia bagi ubat. Ubat tu masuk je dlm mulut baby, dia akan cair, rasa pun manis(dia yg cakap,aku tak rasa pun). Dia kata stopkan dulu antibiotik dan kosisten ubat homeopathy ni. Masa kat dlm homeapathy tu nampak noted bgtau harga untuk kanak2 maxima rm30 sahaja tidak akan lebih, manakala dewasa rm40. So jgn risau mahal ye.. Balik opis bawak alya masuk opis. Pukul 4 aku da start bagi, makan setiap 1/2jam.. Tgk cm alya boleh larutkan ubat tu dlm mulut. So oklah.. Bagi sampai pukul 6 tadi masih takde muntah, ustad tadi cakap dia akan muntah utk keluarkan kahak tu, tapi masih tak muntah. Pukul 6 aku suap bubur, makan jugak la 6-7 suap walaupun tak abis. Asal dia ada tenaga.. Susu plak memang dia nak la sebb direct feed dgn aku.. Kalau botol memang dia reject kot sebb tak sihat. Malam ni dia dah mula nak main.. Merangkak la 10 kedepan. Masa demam xmerangkak langsung. Ok dah lepak2 dlm bilik alya batuk2 dan keluar lendir ikut mulut, nampak cam ada sikit hijau dan putih2.. So aku cam lega, dia muntahkan.. Skrg alya dah tdo, tgk batuk masih ada tapi kurang, dada nye pun xde bunyi sangat.. Esok pegi taska cam biasa dan minta cikgu tolong suap kan ubat.. Harap alya cepat sembuh.. Aku risau kalau batuk lama2 akan jangkit kat paru2 kuman. Lagi parah.. Ada jugak dengar homeopathy ni bagus.. Tapi tak pernah cuba.. Apa salah kite usaha kan..




Khamis
alya pergi taska macam biasa.. pesan banyak kali kat cikgu kalau ada pape call terus.. pukul 10 wasup cikgu tanya alya ok ke? cikgu kata alya ok cuma ubat xleh nak ikut sangat 1/2 jam bagi, kite pun paham cikgu sibuk uruskan baby lain. asal dia terus makan sudah la.. cikgu pun kata dia dah tak lemah cm semalam.. dah nampak nak main dengan kawan2.. so lega lah dengar nye.. cikgu pesan jangan risau ye..harap alya terus aktif dan sihat..



rindu nak tengok dia senyum, lasak ke sana kemari merangkak..

Friday, March 6, 2015

Selamat bersalin permata ke-3 DI RUMAH...!!!

Selamat semua nya setelah 38week.. Tanpa diduga aku bersalin dirumah.. Soklan biasa ditanya "tak rasa sakit ke masa tu?" " xde tanda ke masa tu?" Huhu jawapan aku ada tanda dan sakit tapi tak sangka plak nak bersalin se awal itu.. Mean sakit pukul 4, 4.18 baby dah keluar.. Cepat kan? Contraction sekejap je dah rasa kepala nak keluar dah... Ok2.. Kite cite satu persatu ye...

18hb aku pergi kerja macam biasa, tak de sakit tapi dah ada coklat2 kat panty.. Aku wasup mak aku, bff aku yg baru bersalin tanya, da ada darah kat panty tapi takde pun rasa sakit contraction, so nak kene g spital ke? Aku malas betul nak pegi spital kalau tak sakit lagi, kang seluk sana seluk sini, xsakit jadi sakit plak.. So buat keputusan biar dulu tgk ptg atau malam ni kalau ada rasa sakit pinggang baru g spital cek.. Malam pun berlalu, xde sakit apa..

19hb aku g keje macam biasa, kawan opis siap tegur, aik ada lagi? Hahahah ada lah sebb tak sakit lagi... Kebetulan hari jumaat tu ada jamuan kakak opis ni nak bersara, sempat lah melantak rezeki depan mata.. Balik dari jamuan sempat lagi g jualan opis beli brg last sebb tau dah tak lama dah nak bersalin ni.. Sempat beli barut, bengkung, stokin, hahahah

20hb sabtu cm biasa xde g mana lepak rumah, masih xde sakit pinggang.. Hubby ada ajak petang kang kite g balakong lawat kawan mil.. Aku ok kan je.. Pukul 3 anak tdo lagi aku pun tdo jugak bangun nak siap2 tu rasa nak terkucil g bilik air nampak cam air jernih kat panty.. Terus wasup mak tanya lagi, kalau air ketuban bukan banyak ke? Ni sikit je.. Mak kata sakit tak? Xde la sakit sangat, sakit nak jalan tu je cm xlarat.. Aku pun siap2 la pakai apa yg patut nak g balakong jugak.. Mil aku nampak muka aku dah kerut2 cm sakit, mil terus kata tak payah la pegi, lagi pun rumah kawan tu naik tangga kang terberanak plak.. Aku terus letak beg baring balik.. Sebelum tu sempat capai kurma 1 plastik bawak masuk bilik.. Baring2 tu aku kunyah la kurma sebb lapar xmakan nasi lagi dah pukul 4.. Adalah dalam 3 bijik kurma aku makan.. Tetiba terus sakit yg sangat2 sakit bukan sakit sikit2, ni sakit nak bangun pun xboleh dah.. Terus panggil hubby, nak bersalin dah ni.. Muka hubby dah cuak, nak g spital ke? Aku try bangun tapi tak boleh, hubby terus call 999.. Masa tu contraction tak kuat lagi.. 999 sambungkan ke hospital putrajaya dan dia kata akan hantar ambulan..

Sementara tunggu tu mil dah kelam kabut takot, panggil bini jiran2 yg ada.. Kak farah jiran sebelah umah datang tenang kan aku, aku selawat x putus la.. Time cotraction je aku jerit la jugak, sakit kot.. Lantak lah org dgr ke apa, tau org nak bersalin.. Dalam 5 minit tunggu aku dah sakit tak tahan dah, aku  cm nak marah pun ada, mana ambulan ni lambat nyee... Dah rasa kepala nak kuar ni...!!! Hahahhaha hubby call lagi 999.. Dia kata tgk kalau nampak kepala, sambil pegang hp sambil tgk, aku dgr dia ngucap, ya allah dah nampak kepala... Haaa baru ko tau.. Aku meraung lagi, cepat la mana ambulan ni... 999 tu siap cakap kite guide kalau dah kuar baby nak ikat tali pusat cm ne nanti..
Aku dah xboleh tahan, konon tak nak push la, nak tunggu ambulan dulu, dalam hati aku, aku dah rasa kepala aku push je ni.. Nak tahan apa lagi.. Elok je sakit aku teran terus, rasa kepala kuar, teran lagi sekali bahu plak kuar, terus meluncur dgn air2.. Kak farah jiran aku yg sambut.. Terus dgr baby nangis.. Elok baby nangis, ambulan pun sampai.. Terus kak farah pas baby kat nurse.. Terus potong tali pusat.. Amik kau... Huhu mengucap alhamdulillah bila dah kuar...

Nurse bagi suntikan utk kecut kan rahim, pastu terus bawak naik ambulan.. Uri masih kat dlm perut.. Nurse kata kat hospital kite kuarkan.. Naik ambulan sampai je hospital terus masuk labour room utk kuar kan uri.. Ingat kan tak de la jait sebb xde svd(gunting), rupa nya koyak jugak..







Dalam perjalanan dalam ambulan, aku still rasa sakit macam contraction, aku tanya nurse kenapa sakit lagi ye, dia kata memang rasa rengat sebb kite bagi suntikan kecutkan rahim.. ooo sakit kot,,,
sampai dia jahit jugak mcm biasa la.. mula2 tak bius, aduuuhh aduuhh aku cakap, dia tanya sakit ke? sakit la mek.. adoii lepastu baru dia bius.. sabar jelahh.. baby dah bersih dia letak atas dada kite, sambil nurse jahit.. huyaiii... lepas abis semua doc kata baby kene tahan nicu sebb lahir kat rumah takot ada jangkitan kat tali pusat so kene bagi antibiotik dan kene tahan di nicu, aku plak doc hantar ke ward di presint 8.. baring 5 minit je, dia bagi discharge..huhuh

aku pun balik tanpa baby.. besok call tanya baby dah ok ke dah boleh keluar ke, dia kata belum boleh keluar lagi, dia mintak aku datang balik ward sebb ada kosong dan baby boleh kuar nicu dah, so aku boleh susu kan baby.. kemas2 barang g ward presint 8.. situ sangat selesa, 1 bilik 1 pesakit.. so boleh tutup pintu.. dan bilik air pun selesa macam ada kat rumah.. hihi
bacaan kuning dah naik.. so letak bawah lampu baby..


kesian sangat... badan dah tak sedap sebb tak mengurut lagi.. sakit rengat tu masih ada.. sakit sgt2.. kalau tdo pun boleh terjaga... hari ke 5 baru boleh keluar ward.. seronok sangat sebb boleh mengurut..
lepas tu baby prolong jaundis, lambat turun kuning nya..tapi alhamdulillah cek darah dan air kencing semua normal...

sampai lah sekarang saya dah 3 bulan... hihihi pengalaman sungguh...