Thursday, August 20, 2015

Homeopathy (rawatan untuk batuk kahak selsema bagi baby umur bawah setahun)


Jumaat 
mlm alya start demam.. Bisik dlm hati demam nk besar agaknye.. So lap2 bdn bagi suhu turun dan susu kan dgn susu badan byk2..

Sabtu
alya muram je, bdn masih panas suam2.. Mula start batuk2, batuk bukan berkahak tapi batuk yg gatal je tekak.. Alya xnak main, susu pun kadang2, makan pulak abis 1 mangkuk.. So masih xde rasa risau lagi sebab alya selera makan.


Ahad 
masih sama, badan masih panas, lap2 bagi turun suhu,makan masih lalu lagi abis semangkuk bubur.. Mula kerap batuk.. Dah xnyenyak tdo.. Dalam hati esok klu masih demam kene g klinik cek darah.
Isnin 
badan dah tak berapa panas, aku hantar alya ke taska dan pesan ke cikgu tolong pantau sebab masih belum sihat 100%. Dan pesan kalau panas terus bgtau aku akan dtg segera.. Pukul 10 cikgu call kata alya xnak susu langsung, aku memang cadang nak bawak alya pun arini.. So dtg taska amik alya terus pegi klinik p18. Cam biasa kami katogeri pesakit luar.. Nurse cek suhu 37'c, masih demam.. Terus g makmal amik darah. Setle amik darah baru jumpe doc. Masuk bilik doc,dia cek nafas alya, kiraan dia nampak nafas ada laju sikit katanya, dia kata amik gas dulu, nanti jumpe dia balik.. Pegi amik gas dlm 10 minit, meraung2 alya.. Setle masuk bilik doc balik. Doc kata ujian darah ada sikit jangkitan kuman so dia bg antibiotik dan ubat demam je.. Dia rekemen buat wap stim kat rumah untuk cairkan kahak atau hingus nye.. Balik rumah terus bg mkn ubat antibiotik.






Selasa
aku cuti jaga alya, tgk alya masih demam sikit dan lemah.. Baring saja masih xnk main.. Merengek.. Bubur dah start dah xselera nk telan. Batuk makin kerap dan disertai dgn muntah. Aku rasa lagi ok dia muntah sebab boleh keluar semua kahak nye.. Muntah pun muntah lendir putih.. Petang aku buat stim wap dengan bawang putih.. Lepastu mandi dengan air lemon.. Nampak xde apa perubahan, masih lagi batuk dengan kerap hingga merah2 muka.. Malam nampak sikit dia baru nak bergerak main, capai2 mainan. Batuk still xde perubahan. Muntah atas katil.. 
Rabu
aku pergi keje anta alya ke taska, pesan dengan cikgu kalau ada apa2 tolong bgtau.. Pukul 11 cikgu call kata alya xnak susu, susu minum 1oz saja. Bubur pun xnak makan, di keluarkan dr mulut.. Pastu tak main, baring tdo... Cikgu risau dia lembik sebb tak minum dan makan terus call aku. Aku terus pegi taska.. Taska 5minit je sampai bawah opis saja.. Pergi amik alya borak dgn cikgu dia syorkan amik homeapathy ni kat pkns bangi tingkat 2. Dia kata makan tu anak dia elok xperlu amik gas lagi.. Aku terus pegi sana tghari tu. tunggu lama pun takpe asal anak sihat semula.. Borak2 dengan ustad tu, dia bagi ubat. Ubat tu masuk je dlm mulut baby, dia akan cair, rasa pun manis(dia yg cakap,aku tak rasa pun). Dia kata stopkan dulu antibiotik dan kosisten ubat homeopathy ni. Masa kat dlm homeapathy tu nampak noted bgtau harga untuk kanak2 maxima rm30 sahaja tidak akan lebih, manakala dewasa rm40. So jgn risau mahal ye.. Balik opis bawak alya masuk opis. Pukul 4 aku da start bagi, makan setiap 1/2jam.. Tgk cm alya boleh larutkan ubat tu dlm mulut. So oklah.. Bagi sampai pukul 6 tadi masih takde muntah, ustad tadi cakap dia akan muntah utk keluarkan kahak tu, tapi masih tak muntah. Pukul 6 aku suap bubur, makan jugak la 6-7 suap walaupun tak abis. Asal dia ada tenaga.. Susu plak memang dia nak la sebb direct feed dgn aku.. Kalau botol memang dia reject kot sebb tak sihat. Malam ni dia dah mula nak main.. Merangkak la 10 kedepan. Masa demam xmerangkak langsung. Ok dah lepak2 dlm bilik alya batuk2 dan keluar lendir ikut mulut, nampak cam ada sikit hijau dan putih2.. So aku cam lega, dia muntahkan.. Skrg alya dah tdo, tgk batuk masih ada tapi kurang, dada nye pun xde bunyi sangat.. Esok pegi taska cam biasa dan minta cikgu tolong suap kan ubat.. Harap alya cepat sembuh.. Aku risau kalau batuk lama2 akan jangkit kat paru2 kuman. Lagi parah.. Ada jugak dengar homeopathy ni bagus.. Tapi tak pernah cuba.. Apa salah kite usaha kan..




Khamis
alya pergi taska macam biasa.. pesan banyak kali kat cikgu kalau ada pape call terus.. pukul 10 wasup cikgu tanya alya ok ke? cikgu kata alya ok cuma ubat xleh nak ikut sangat 1/2 jam bagi, kite pun paham cikgu sibuk uruskan baby lain. asal dia terus makan sudah la.. cikgu pun kata dia dah tak lemah cm semalam.. dah nampak nak main dengan kawan2.. so lega lah dengar nye.. cikgu pesan jangan risau ye..harap alya terus aktif dan sihat..



rindu nak tengok dia senyum, lasak ke sana kemari merangkak..

No comments: