Sejak 2 menjak ni, rasa macam tak cukup tidur je...rasa lemah je badan..
pegi keje pun tak de semangat...errrmmm..
nak kata tido lambat, pukul 8.30 aku dah golek2 dengan anak kat dalam bilik..
pukul 9.30 dh get ready baca doa tido dengan anak..
kenapa masih xcukup tido dan letih siang hari????
malam2 mesti terjaga, kekadang xselesa tido dengan si kakak abis rapat kalau boleh nak peluk aku je...
bukan rimas, tapi aku panas, nak pasang aircond dia plak batuk dan selsema..
sebelum tido tu memacam lah si kakak tu buli aku..
5 minit aku baru baring, " bonda nak susu", bangun la balik buat susu..
abis susu, 10 minit lepas tu " bonda nak kencing", bangun balik g bilik air..
baring balik, 5 minit lagi " bonda nak rebina" bila cakap kejap lagi boleh tak? meraung nak jugak...adoii laa anakkk...
sampai sakit pinggang dibuat nye...bangun baring bangun baring..
lepastu bukan lah dia nak baring kat katil dia sambil pasangkan youtube kartun yang di suka..
nak jugak kite peluk dia, tengok sesama, layan dia..adoii la... kekadang siap kepala atas perut lagi bila dia nak baring tu..
(bonda paham scha nak dapat adik, tapi bonda xlarat nak layan scha bila perut dah besar ni...)
kat rumah memang xleh tinggal langsung, bonda pegi sidai kain kejap, tengok bonda xde kat sebelah dia, mula la " bonnnnnndaaaaaa!!" carik sampai ke bilik..
nak pegi bilik air kejap pun, dia sanggup tunggu depan pintu bilik air..
kekadang rasa cm nak meletop pinggang ni wei...grrrrr..
mcm mana ni..nak rehat cukup pun, kene ambil cuti, masa ayah dia kerja, dan scha pun pergi sekolah...
time tu jelah bonda boleh tidur dan rehat secukup nye..
tapi cuti untuk saja2 nak rehat memang tak lah kan.sebab cuti dah parat idung nak sampai akhir tahun ni..errmmm.. sabar jelah...
xpelah, harap kakak jadi kakak yang berjasa jaga adik nanti ye... buli lah bonda, bonda xkisah..huhuhu
kat sini ade tip sikit boleh lah baca..
kat rumah memang xleh tinggal langsung, bonda pegi sidai kain kejap, tengok bonda xde kat sebelah dia, mula la " bonnnnnndaaaaaa!!" carik sampai ke bilik..
nak pegi bilik air kejap pun, dia sanggup tunggu depan pintu bilik air..
kekadang rasa cm nak meletop pinggang ni wei...grrrrr..
mcm mana ni..nak rehat cukup pun, kene ambil cuti, masa ayah dia kerja, dan scha pun pergi sekolah...
time tu jelah bonda boleh tidur dan rehat secukup nye..
tapi cuti untuk saja2 nak rehat memang tak lah kan.sebab cuti dah parat idung nak sampai akhir tahun ni..errmmm.. sabar jelah...
sabtu ahad jelah pun nak rehat kan diri..tapi sabtu ahad tu lah, nak masak lah, nak basuh baju lah...
ya allahhh...kuatkan lah semangat aku ni....anak pertama dengan anak kedua lain masa mengandung..
anak pertama xpe lagi, xde sapa nak buli kite...boleh rehat secukup nye..ni dah ada sorang kat luar, kene buli plak..huhuhuhu
kat sini ade tip sikit boleh lah baca..
MINGGU KE-21
Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi. Bayi sudah mencecah 27cm ketika ini. Berhati-hati bila berbicara sebab bayi dah boleh dengar apa yang kita cakap waktu ini.
MINGGU KE-22
Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.
MINGGU KE-23
Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut. Pada ketika ini bayi sudah mencecah 29 cm.Bayi sudah boleh menelan secara teratur.
MINGGU KE-24
Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.
sabtu ahad ni aku nak tido puas...boleh tak..hurrrmmm
No comments:
Post a Comment