Thursday, May 20, 2010

♥hari kedua di sana~♥




pagi yg nyaman.....bangun awal...excited gilerr nak main roller coster nie...hahhahaha...









brekpes time~~~~~~








masuk2 terus masuk kereta nie..lembab giler jalan...wakakaka>>>








masuk umah hantu....waaaaa~~~>>



alysha dgn ayah duk luar tunggu bonda yerrr.......hehehehe





























akhirnya alysha dapat kawan nama bebean yg diberi nama oleh ayah nyerr..... bebean jadi peneman alysha sekarang...ayah main tangkap itik dpt free bebean...hehehe

sekian terima kasih...penat dah bercerita.....hahahahah

♥kunjungan kali ke-2 selepas 1 tahun 6 bulan 1 minggu 4 hari♥

pada 15hb n 16hb mei, kami naik genting...dulu pergi sebab hanimon..kini pergi bertiga...hehehe naik pun sebab sempena besday aku 12hb mei.....

ondaway naik tu, nak la tdo kan alysha, sebab kakak kate nak bawak budak, nk naik tu tdo kan dia..sebab anak dia naik, muntah2 pening...

punya lah aku nak tdo kan dia, kat higway tdo dah, sampai je kaki bukit nak naik, jaga plak si kecik nie..tapi nasib baik mood ok, xde plak muntah, cuma xleh duk diam, mungkin sebab tekanan kat telinga tu yg xselesa...

hampir sampai atas tu, singgah jap tepi jalan, candit2 dulu...sejuk la jugak tapi x sesejuk dulu kot...brader nie belanja lah audio dia, semua tgk kami..heheh

muka alysha dah boring tunggu aku lama sgt beratur tu...huhuhuh>>>>>>>>>>>

alysha muka dah ketat jerr...mungkin penat kot...pada mula nye plan nak pegi bukit tinggi dulu...jalan2 sana dulu baru naik genting chek in tapi brader nie takot sesat sampai ke thailand kate nyer...huhuhuh..


so terus jelah naik genting, padahal awal lagi tu...chek in time pukul 3...sampai je atas, kami park kete, angkat segala harta yg ade...pastu terus ke tempat chek in....

punya lah ramai makhluk allah nie....chek in dapat no giliran 0330 sedangkan no sekarang adalah 0083...waaarrrgghhh!!! lama gilerr...amoi jaga kaunter kate " baik lu pegi main2 dulu, baru dtg sini.." hahaha...

sementara tunggu no giliran bilik tu, pegi lah makan mcd, pastu lepak kat taman bunga dulu..alysha dah ngamok nak susu, mengantuk pun ade...adeehhhh~ sampai pukul 12 tghari, pukul 3 ptg gak baru dpt bilik...




ayah dgn semanja ni dah kebosanan asyik amik gmbr dr td...sampai kene jadi gadis bunga..hahaha...



cam minah ape je alysha nie....wakakaka...

pastu kami naik balik tempat chek in..akhirnya dapat gak bilik...alhamdullilah... dapat je bilik terus salin2 baju, tdooo...!!!

ohhh...alysha...bonda xkan beli kan itu untuk kamu sebab kepala mu kecik lagi...heheheh...alysha wat muka comel nak barang tu...hehehe>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

plan seterus nya adalah tdo, malam kang baru kuar balik, jalan2 kat first world...esok baru lah kite g main outdoor...yey!!

<<<<"bonda...!!! saya dah siap dah..!!" jom la g jalan2....malam tu kami keluar g makan pastu jalan kat repleys believe it or not...hehehe


tangkap gmbr kat manusia paling gemok...huarrrgghhh aku xnak jadi cmtu...!!!>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


alysha kenapa pandang atas tu??? dia ralik tgk lampu2 berkedipan di atas kepala nyee...hehehe




besar nye tangan diaaa.....boleh pegang 8 bijik telur sekali..adeeiii~~>>>>



besar nye kerusi nie bonda...!!!>>>








xlarat dah nak bercerita...tgk jelah gambar2 nie k...

korang pun mesti dah xlarat nak bace ape aku membebel ni kan? kan? kan? hehehe....

org paling tinggi didunia..... >>>>>>






puas aku mintak cekak atas rambut tu, akhirnye baru brader nie belikan...wakakaka>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


aloloooo...masam nye syg...nape ni??

ngantuk la tu...akhir nye kami balik bilik awal, alysha tukar baju terus pengsan...huhuuh...bagus2..!! esok time tu enjoyy...hehehe.................

Wednesday, April 28, 2010

♥kasut baru alysha♥

beli kasut nie kat online FB....xsangka plak penjual online tu kenal aku...rupa nye satu sekolah dulu...hahahaha...kenal plak aku....

so, tranfer duit kat akaun dia, 3 ari lepas tu org pos laju anta barang....

yey!! kasut alysha dah sampai....

nie gambar nyer...masa nie kat kenduri kawin jang, hehehe...bergaya sakan anak dara aku nie...
cantik x....hahahah alysha nampak kasut pink jerr, terus masuk mulut...

semua dia nak masuk mulut...




Friday, April 16, 2010

sifat lelaki vs sifat perempuan


(L) Mempunyai ego tersendiri yang menyebabkan sukar menerima pertolongan orang lain dan pandangan orang lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan orang lain lebih2 lagi dgn orang yang dicintainya.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yang tidak berbelah bagi.

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yang berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya orang yang disayangi.

(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpada orang lain tentang masalah yang sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yang lambat reda.

(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yang mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.

(L) Mempunyai fikiran yang bersif
at makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.

(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pada yang satu.

(L) Suka menyendiri dan berd
iam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

(L) Agak keberatan meminta maaf
(P) Lebih mudah meminta maaf


(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran

(L) Suka MEMBUAT keputusan
(P) Suka MENGIKUT keputusan


(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P) Suka bersama keluarga

Thursday, April 15, 2010

♥jalan-jalan sambil tenang kan diri♥


semalam cuti xkan duk umah je kan??? so, kuar lah jalan alamanda...tu je yg mampu pegi, jauh2 org xnak bawak..so terima lah kenyataan...
pukul 4 sampai alamanda shopping nestum alysha, beli baju n mainan tuk dia..
punya lah suka duk kat walker tu...xpandang bonda langsung dah...
lepas tu lepak makan kat mcd...pastu terus gerak...
gerak plak dataran putrajaya...
so amik la gmbar guna hp murah ayah dia tu..hahaha
alysha nak lelap dah masa tu tp kejut gak...seb bek xnangis....layan je bonda n ayah nye..hahaha
dah penat amik gmbar balik la....
sampai umah tukar2 baju terus lelap si kecik tu..penat agak nyerr..huhuhu


mulut ternganga nampak pakwe ensem lalu...shaaaa tutp mulut tu sikit, masuk lalat laaa....hahahaha


manja bonda n ayah nie...layan je perangai ayah n bonda...muka berkerut tgk pangai ayah n bonda..hahahaha


tgk muka seronok dia tu...adeeehhh...shaaa luv you....!!!!

Wednesday, April 14, 2010

perkara terbaru alysha belajar...




sila perhatikan mulut dia...."bonda sapa yg bucukk niee???"

alysha semakin pandai meniru gaya org...ape yg bonda n ayah buat, cepat je dia tiru...
arini 14 april, kami semua cuti kat umah, malam td alysha demam tapi xdelah teruk...
so, mlm td meragam la sikit, bonda n ayah mengantuk, terus cuti...hahahhaa
so far alhamdulillah semua nye ok..
alysha makan ubat ye, cepat baik...


Tuesday, April 13, 2010

BAHAGIA ITU BILA MEMBAHAGIAKAN....

Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiaakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia. Sesungguhnya bahagia itu bukan “benda” yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin “diberikan” akan bertambah terangnya. Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam… tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.

Siapakah orang yang paling
hampir? Siapakah yang paling layak kita berikan bahagia? Selain kedua ibu-bapa (bagi seorang lelaki), maka isterinyalah yang paling utama diberikan kebahagiaan itu. Jika isteri yang di sisi tidak bahagia, jangan harap kita boleh membahagiakan orang lain. Dan paling penting, jika isteri sudah menderita itu juga petanda yang kita juga menderita – ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia.

Apakah langkah per
tama untuk membahagiakan isteri? Ya, pertama, hargailah kehadirannya. Rasakan benar-benar bahawa sidia adalah anugerah Allah yang paling berharga. Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan, justeru dia adalah anugerah khusus daripada-Nya buat teman hidup kita sepanjang kembara di dunia. Isteri kita ialah jawapan Tuhan pada doa yang selalu kita pohonkan.

Ingatlah baha
wa yang paling berharga di dalam rumah kita bukannya perabot, bukan peralatan eletronik, komputer ataupun barang-barang antik yang lain. Yang paling berharga ialah manusianya – isteri atau suami kita itu. Itulah” modal insan” yang sewajarnya lebih kita hargai daripada segala-galanya. Tetapi benarkah kita telah menghargai isteri atau suami lebih daripada barang-barang berharga di rumah kita?

Sayang sekali, lain yang difikirkan lain pula yang
dirasa. Cuba renungkan, berapa ramai para suami yang lebih prihatin tentang perasaan isteri berbanding ‘keadaan’ keretanya. Batuk isteri yang berpanjangan semacam tidak kedengaran. “Batuk” kereta yang sedikit cepat-cepat dihantar ke “workshop” untuk diselenggarakan.

Itu belum dikira lagi kaki pancing yang setiap hujung minggu berkep
it dengan joran dan umpan tetapi membiarkan anak-anak dan isteri kesepian di rumah. Atau para isteri yang leka dengan aorkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya.

Bila kereta ‘aneh’ sedikit bunyinya, cepat-cepat diusung
ke workshop, dibetulkan enjin, ditunekan semula bunyinya. Tetapi isteri yang batuk-batuk, lenguh dan sembab dibiarkan… alasannya, itu memang adat, badan dah tua. Itu belum dikira yang ‘workoholic’ – bekerja siang, malam, tak kenal cuti dan rehat… Bila ditanya mengapa begitu sibok? Dia menjawab, demi isteri. Padahal, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan isteri. Aneh juga, ada yang mencari duit sampai tidak sempat menikmati duit. Bila duit sudah terkumpul, kesihatan sudah tergadai, rumah tangga sudah berkecai, isteri telah terabai.

Sesetengah bertanya? Bagaimana kita boleh mengharagai pasangan kita. Insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan. Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. Mulakan dengan memandangnya dengan pandangan kasih… mungkin wajah isteri kita sudah kedut, tetapi rasakanlah mungkin separuh “kedutan” itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita. Mungkin uban telah penuh di kepala suami kita, tetapi uban itu “mercu tanda” pengorbanannya membina rumah tangga dan keluarga kita.

Itulah pandangan mata hati namanya. Kalau dulu semasa awal bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini setelah lama bersama, pandangan kita mesti lebih murni. Tidak dari mata turun ke hati lagi, tetapi sudah dari hati “turun” ke mata. Yang kita lihat bukan “body” tetapi budi. Yang kita pandang bukan urat, tulang dan daging lagi… tetapi suatu yang murni dan hakiki – kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengorbanan, penderitaan – dalam jiwanya yang melakarkan sejarah kehidupan berumah tangga bersama kita!

Mungkin sikaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai siisteri. Atau petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama sang “permaisuri”. Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri tentunya lebih bahagia dan dihargai oleh seorang jutawan yang disambut di muka pintu villanya tetapi hanya oleh seorang “orang gaji”. Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya. Intan, permata tidak akan mampu membeli cinta!

Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata. Begitu selalu pesan cerdikiawan dan pujangga. Malangnya, kita selalu lepas pandang. Sesuatu yang ‘terlalu’ dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas. Isteri di depan mata, tidak dihargai. Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton TV daripada bercakap dengan isteri. Di sini apa kurangnya, tiga jam menonton TV bersama tanpa sepatahpun berbual. Suami dan isteri sibok melayani fikiran sendiri walaupun duduk hanya berselang beberapa inci.

Malah, bila berjauhan pun kekadang terlalu lokek bertanyakan berita. Jika duduk berjauhan, masa berSMS dengan teman lebih banyak berbanding dengan isteri. No news is a good news. Begitu selalunya, rasa di hati. Tetapi bila isteri atau suami diserang “sakit” – katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu puaslah kita menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi. Waktu itu barulah duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami kita yang berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara…

Hidup terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak kan kembali. Yang hilang, mungkin tumbuh lagi… Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula. Apakah ibu-bapa yang ‘hilang’ akan berganti? Apakah anak, isteri, suami yang ‘pergi’… akan pulang semula? Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Mungkin esok, anda tidak ‘pulang’ atau tidak ada lagi sidia yang setia menunggu di sebalik pintu. Mungkin anda ‘pergi’ atau dia yang ‘pergi’. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!

BUAT KEKASIH (isteri kita)

Sungguh aku tidak akan meninggalkan mu
Masakan dalam diri ini aku bisa lupa
Pada orang tersayang yang banyak berjasa
Aku tidak akan lupa…

Dalam ria dan tangis mu
Sentiasa aku ada di situ
Walaupun kita berpisah…
Tetapi cinta dan kasih kita tidak!
Kau ku sayang…
Itulah teman ku sepanjang jalan

Kekasih,
Kekadang lidah letih menuturkan
Badan penat menghantarkan
Akhirnya bicara cinta terhantar hanya melalui sendu
Bisu… tetapi getarannya tidak pernah diam
Dan tika berpisah sendu itu memuncak
Ingin ku dakap,
Ingin ku peluk,
Tidak mahu ku lepaskan
Tapi siapakah kita yang tidak mahu merelakan
Cinta itu semakin kukuh…
Bila menjauh

Sayang,
Aku tidak pernah meluahkan
Bila jemu, letih dan putaran hidup kian mencengkam
Tetapi percayalah…
Cinta ku tidak pernah letih
Sayang ku tidak pernah padam
Dalam sunyi dan ratap
Engkau tetap hadir dalam doa dan harap

Ya, Allah..
Rahmati kekasih hati ku di bumi
Agar cinta kami membumbung tinggi
Tiada sempadan, tiada tara,
… sampai syurga!
Amin.

aLysHa berumur 6 month 1 week


alysha semakin membesar.semua yg tgk alysha ckp alysha makin tembam.tapi aku yg slalu tgk dia 24 jam, aku rasa dia biase jerr..huhuhu....
letih memang letih layan budak nak membesar nie...kini dia plak dah pandai maju, merajuk pun boleh tahan...
rasa nak picit2 je kalau geram dgn dia, tapi geli hati pun ade layan dia nie...
yg bagus nye dia nak dgn semua org, xdelah nak melekat kat aku jerr..letih wooo...
pasal berjalan, dia no 1...ikut bonda dgn ayah dia kot...pukul 4 pagi pun mata dia tahan...asal, cukup susu semua, dia relax je lah...
alhamdulillah alysha xde lah dijangkiti penyakit yg serius sekarang nie..mintak dijauhkan...
sekarang aku duk berhati2 utk family planning seterus nye...xnak lah alysha dpt adik cepat2..
dh banyak dpn mata terjadi nie..kawan2 anak baru setahun dah pregnt lagi..kakak pun cmtu gak sebab xpakai perancang apape..aku pun malas nak pakai, byk risiko...ingat nak rancang sendiri, mintak2 la berjaya...
kini aku nak besar kan alysha dgn kasih sayang yg secukup nyer....
sebenar nye xpuas enjoy..so, bagi lah kami bertiga ruang untuk enjoy sepuas2nye dulu baru pk pasal adik ye alysha...huhuhuh...
banyak perancangan...dulu masa caple, pantang jumpe mesti nk berdating jerr..xkan dah kawin,
tinggalkan ai dgn anak kat umah jerr...
nak gak berjalan, merantau tempat org...syoknyerr..xpelah susah ade bdk pun, yg penting hati happy..alysha pun xbyk meragam, mesti ok punyerrr...hehehe...so, tunggu ade rezeki lebih nanti, nak la g langkawi, pulau2 ker...mesti syok..kan kan...
hidup mesti enjoy barulah rumah tangga aman dan bahagia...

Wednesday, December 23, 2009

Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali.

Justeru, beliau meminta saya kongsikan 21 pesanan isteri untuk suami ini supaya kita semua dapat ambil pengajaran dan manfaat daripadanya.

Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang saya kira perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu yer. :)

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.
4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!
8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?
18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.
19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!

Wednesday, December 9, 2009

Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki.

Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :-

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang
tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan
diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana
sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah antara kelebihan wanita yang kita ketahui, selebihnya hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui.

semasa berpantang

lepas keluar dari hospital aku terus balik umah dulu..petang tu ramai budak opis datang umah tgk aku, sampai ke malam.esok tu baru aku balik banting, umah mak lang aku. esok nyer dah sampai banting, nenek aku sambut...cam biase lah kat kampung berurut semua.tetiba hari ke3 misi datang tgk anak aku dia cakap "anak ni kene kuning nie, pegi bawak cek kat hospital" . pastu petang tu aku xpegi..masing2 penat..esok tu misi dtg umah lagi, dia kate pegi hospital sekarang kat kecemasan sebab arini ari sabtu klinik xbukak, so kene g hospital.aku pun pegilah magrib tu..alysha kene amik darah semua..aku dah siap2 bawak baju, pampers takot kene tahan wad malam tu.lepas amik darah, result mengatakan kuning alysha tinggi, kene duk bawah lampu..
puas aku merayu kat doktor tu, kalau aku berulang xboleh ker, sebab umah belakang hospital tu jer..dia xbagi..aku redha jelah..malam tu aku tdo hospital, alysha kene duk bawah lampu dgn bogel nye dgn mata ditutup...kesian aku tgk..menangis aku..darah pulak kene amik setiap 4 jam..
sampai pukul 12 alysha amik darah lagi, nusre kate kalau result yg nie tinggi sgt, kene tranfer klang..tunggu sampai pukul 2, slalo 2jam result baru siap.
tetiba ada nurse dtg kejot aku yg hampir nak terlelap, "dik, adik kene pegi klang la..kuning anak tu tinggi.." nak menangis aku, klang dah la jauh, kalau ptrajaya xpe lah gak..aku ckp aku xnak pegi klang, anta aku putrajaya. pastu doktor dtg, kate xleh nak anta putrajaya sebab ptrajya xterima kes banting...sengal betol..terpaksa lah gak g...
aku dibawak naik ambulan ke klang..sampai klang pukul6 pagi..alysha tdo jerr..org kate kalau kene kuning memang dia tdo jer..
buat pendaftaran semua, aku dah mengantuk sgt, nak terlelap, katil xpat lagi..
rupanya kat sana katil kene saya cepat dia dapat, kalau xde katil, tdo lah atas sofa..addduhhh...
ape sengal hospital nie, dia xpk ker semua ibu kat sini kebanyakan dalam pantang...suruh tdo atas sofa plak..alysha di asing kan, aku setiap sejam dtg kat alysha bagi susu..duduk la kat kerusi sampai kematu bontot aku..
kesian giler alysha, dah la sejuk, kene bogel plak bawah lampu..dia nangis jerr..mulut aku x abis2 selawat, doa supaya kuning dia turun cepat...cam biase lah setiap 4 jam dia amik darah..
sampai biru tgn alysha..xdapat kat tgn, dia amik kat kaki plak..kesian gilerr..
4hari aku duduk hospital, aku merayu2 kat doktor pakar tu, keluar kan lah aku..dia janji kalau kuning anak aku turun sampai 250 aku boleh keluar..alhamdulillah, berkat doa aku agak nyer, esok tu kuning dia turun 244..terus aku mintak balik..alhamdulillah, doktor bagi balik..
balik tu aku sambung urut dgn nenek tu..pastu 9hari duduk kat kampung, aku balik umah mak mertua aku..mertua aku nak jaga plak..20hari gak aku duk sg.besi baru aku balik rumah aku..
masa kat umah mertua aku, aku cek aku nye jaitan mcm lain mcm, aku mula risau..
takot terbukak ker ape ke..aku pegi lah klinik kesihatan cek..doktor kate memang terbukak, dia kate pegi hospital jait..aku pun dgn bodoh nye pegi hospital,wad ibu bersalin boleh tolak kes aku kat kecemasan.lama giler aku tunggu, xpk ke aku dlm pantang lagi..aku bengang aku pun blah jerr...aku teringat nurse kat klinik tadi ckp "dik, asal xg klinik swasta jer, lagi cpt dia buat, kalau xperlu jait dia bagi gam jer.."betol gak, aku pun suh laki aku g tanye sesapa, klinik mana yg buat..tetiba hubby aku jumpe 1 klinik yg buat, doktr perempuan, terus aku siap2 pegi jap..xsampai 5 minit dia cek aku dah siap..drpd tunggu kat hspital tu...doktor kate terbukak sikit jer, xperlu jait, dia cuma bagi krim jer..semua rm10 jerr..

fuh senang ati aku....sekarang alhamdulilah anak aku sihat n bonda nye pun sihat..sakit sikit2 biase lah tu..cuma aku nak nasihat, jgn pk biar mak sakit asal anak xsakit, kesian tgk dia...pk balik kalau kita plak sakit, lagi kesian anak kite, sapa nak jaga dia..dia masih kecik, perlukan ibu dia..so, jaga lah kesihatan semasa pantang supaya anak kite pun sihat..

Tuesday, December 8, 2009

pengalaman bersalin

nak story sikit pengalaman sikit saat2 menunggu kelahiran alysha.pada 6hb tu aku pegi kerja macam biase..tapi aku rasa semacam, sakit pinggang yg lain mcm. semalam pulak aku boleh buat open house kecik2, dalam ati ckp "sakit pinggang sebab semalam penat sgt kot, biar jelah.." yg pelik nye sakit dia xilang..kejap sakit kejap tak, kejap sakit kejap tak, camtu la sampai petang.aku mengadu kat my hubby, dia ckp rehat jelah..aku nak tdo pun xleh, sakit dia lain mcm. aku senyap kan je..sampai la pukul 5, aku ckp kat my hubby, xlarat nak jalan la, abg amik kat lobi ek..dia ok kan jerr..balik cam biase, lepas mkn, lepak dpn tv, pinggang still sakit lagi tp kurang la sebab dapat baring2..sambil2 tu aku msg kakak aku ckp sakit camni2..dia ckp g jelah cek, kalau dia suh balik, t balik la..pukul 9 lepas abis my hubby layan movie kitorg siap g hospital.g ket kecemasan sambil berlenggang2 jer..akak misi tu tanya "nape dik? sakit ker?" "aah, cam sakit2 pinggang" "dah nak bersalin la tu, cpt g naik kat tempat bersalin." aku pun pegi lah..duduk buat pendaftaran cam biase.pastu dia suh aku masuk, aku masuk la 1 bilik, dia cek tekanan darah dgn urin..pastu dia suh baring..pastu dia pasang alat kat perut aku, mesin tu leh tau time aku sakit 5 minit, 5 minit tu..pastu doktor dtg nak seluk aku nye..dia seluk jer..tgk dah 4cm..sakit dia xtau la nak ckp...mulut aku kumat kamit baca doa nabi nuh dlm perut ikan tu..aku sempat hafal ptg td..pastu doktar diskus2 cm ne dgn aku..dia kate dah leh pegi labor room la..aku pun di tolak dgn kerusi roda..masuk 1 bilik khas..aku pun baring, sambil dia bagi penyedut gas, kalau sakit sedut tu..my hubby pun dibenarkan masuk.lepak2 sambil borak2..xsampai 2 jam tetiba perut aku sakit amat sgt dan bunyi mesen kat perot aku tu bunyi semacam jerr...terus doktor reramai masuk..terus dia seluk lagi..sakit gilerr..kali nie dia seluk ganas sikit kate dia nak cepat kan aku nye pembukaan..mulut aku still kumat kamit nie..hubby aku di suruh keluar dulu..sekarang ramai dpn aku doktor dgn misi, yg tukang tgk pun ada..ada doktor laki tu leh duduk dpn aku kangkang..aku dah xpk ape la sebab dah sakit..pastu doktr laki tu jerit " NUR ADIBAH, KAMU DAH NAK BERSALIN, DGR SAYA CKP, SAYA KATE PUSH, AWAK PUSH SAMBIL TGK BAWAH ARAH KAKI SEKUAT HATI OK...!!" aku mampu kate ok jer..mulut aku kumat kamit lagi..doktor kate time sakit tu la push..aku pun ikot la..sakit jer aku push sekuat hati..hubby aku dipanggil masuk, doktor kate kat dia " tengok tu, tu kepala anak awak nak keluar dah, pegi bagi semngat kat isteri awak" hubby aku pun duk sebelah aku sambil pegang tgn dan ckp " baby boleh buat, malaysia boleh..!!" sengal tol..ade doktor pompan lain pun bagi semngat kat aku " adik, bagus adik pandai push..kuat lagi dik, skali lagi..adik boleh.." aku pun semngat tetiba dtg bila tgk ramai bg semngt kat aku.. 3 4 kali aku push, keluar lah si kecik tu...aku terus letak kepala, mulut aku " alhamdulillah ...."aku dah xterdaya nak tgk si kecik tu. masa aku push aku nampak dia pegang gunting tapi aku xsedar time bila dia gunting..dah sakit sgt..pastu selesai la perang aku...

si kecik tu dibawak g basuh semua, aku plak time nak menjahit pulak...dekat 2jam aku mengangkang depan misi yg jahit tu..seb bek dia baik, siap boleh borak2 lagi..masa tgh dia jahit, aku dgr bilik sebelah tengah meneran, dgr dia jerit2..selesai jahit, baby aku letak kat sebelah.. misi tanye aku nak makan ke minum ke, aku ckp boleh gak..dia buat kan aku air milo panas dgn biskut kering, aku pun cicah la alas perot..baby aku tdo kat katil dia..kekadang je dia nangis.

misi tu kate nak susu kan dia ker?aku ckp boleh gak..budak baru keluar, xbape reti isap sgt..aku bagi jugak..dia tdo jerr...pastu selesai aku dijahit, aku dibawak ke wad..aku dah xtahan, mengantuk letih sgt tp xleh tdo lagipun dah subuh dah..

pagi tu mak aku dtg, dia bace yasin sambil tgk2 kan anak aku, aku pun tdo kejap..semua dah ok, misi kate ptg aku leh balik..yess!! sonok glerrr..terus la aku berpantang di kampung...

Monday, December 7, 2009

bawak alysha g jogging...



sabtu lepas, ai g bawak alysha jenjalan kat taman, pagi2 betol ai dah kejot dia..
takot lambat nye pasal, menangis dia kene mandi pagi2..huhuhu...
joging dgn budak2 kereta..syok la jugak...
dapat makan free..
tetiba kat sinar arini masuk plak kitorg dlm surat khabar...magik...huhuhu

baru2 nie raya haji kitorg balik banting..dapat lah kumpul semua org..kakak ai pun balik..
anak dia xleh lawan la..bapak tembam..nak tgk gmbr diorg..nanti ai letak..
ai pegang pun xlarat dah..kuat minum susu..xmcm alysha malas minum susu..
arini start keje pun, letak alysha kat umah pengasuh tu..harap dia ok kat umah kakak tu...
risau dia nangis jerr..dia dah makin pandai...nak kene pegang jer, letak jer nangis..pandai tol..
so sampai skrg akak tu xde pun call, so mean alysha ok kat sana...xsabar aku nak balik..kesian dia mesti kene pakse minum botol..

nie la sepupu alysha...semangat betol...suara halusss jerr...








nie baju baru alysha...cantik x??
raya baju dia sorang jer baru...hahah





Wednesday, December 2, 2009


akhirnyerr...setelah semua berakhir barulah aku mampu meneruskan blog ini..
setelah sekian lama berpantang selama 2bln, aku kembali bekerja..aku susah hati sgt nak meninggal kan sekecik tu bersama org...bdk kecik yg bernama alysha tu sgt manja dgn aku...dia xpandai minum susu botol, walaupun sudah beribu kali aku paksa dia...nie aku susah hati lah nak tinggal kan dia dgn org..tah kenyang tah tidak...tah minum ke tak susu botol tu..tapi aku kene think positif..lelama dia pandai sendiri nanti...

nak cerita dr awal mcm mana aku bersalin, memang panjang..ade masa nanti aku cerita lah..
tapi memang pengalaman yg sgt bermakna..dan kini menjadi seorang ibu pun membuat kan diri aku lebih tabah dan sabar..

kini aku xsabar nak tunggu si kecik ku membesar..pandai main2 dgn aku..senyum dgn aku..buat aku ketawa..selama ni aku bermain dgn anak kakak aku jerr..kini ade anak sendiri baru aku tahu betapa penat dan susah nyer menjadi seorang ibu..