Monday, October 29, 2012

air asia sales...!! free seat..!!!



kalau air asia sales mesti hang la web dia..hahah pakat beli semua walaupun xgaji kan kan...

aku bukak sebab tengok tiket balik kelantan je.. tengok2 gak g langkawi ke singapore ke tapi tengok je...


bukan ape, pk tahun depan dah berempat, kalau boleh tinggal yang kecik oklah..hihihi tapi kesian plak kecik2 dah kene tinggal...hahahah


tiket balik kelantan masa cuti sekolah 4 orang dewasa 1 kanak-kanak dan 1 baby = RM375 sahaja..!!!


waaa...sapa tak nak kan..bukan selalu balik kelantan, setahun sekali.. TAPI.... seminggu tu(air asia ni pandai gak ni nak wat sales pun..) 7 hari kat kelantan tanpa kereta, boleh mati kutu wei...


kalau beli tiket untuk 4 hari sahaja jadi mahal balik... jadi RM8++ ... mak ai... 3x ganda tu...


balik kelantan tahun ni bawak baby baru lagi...

aku bukan xnak naik kereta, aku tak tahan perjalanan dia yang 1 hari dalam kereta..adoii la.. baru sorang anak pun aku dah macam ape..ni apa lagi 2 orang anak nanti..mau lunyai aku dalam kereta tu..huhuhu


lain kalau jalan malam, anak2 tido, xde lah serabut kepala otak dengan panas nye..TAPI hubby plak xleh nak drive malam, kesian plak kat dia..hihihi 


baik naik kapal terbang je..cuma mahal sikit lah.. lebih kurang je, kalau naik exora balik kelantan pun minyak dah RM250, tambah RM125 lagi je nak sama naik kapal..nak di pk kan penat dan panas lagi atas jalan..waaa...xsanggup...


xpelah, beli jelah walaupun seminggu, agak2 bosan aku pinjam lah kereta sedara2 g merantau kat sana...ahahah xpun calling abang pinjam kereta dia(abang aku meniaga kat kelantan)..


ok2...sampai sini saja..doa kan aku berjaya beli semua tiket dengan harga RM29 pegi sahaja ke kelantan..murah weii...jom2x...




Tuesday, October 16, 2012

-nak jadi agen dropship-


apa itu dropship?? 


dulu saya pun tak tahu apa itu dropship..tapi lepas dah meniaga online ni, belajar2 lah dari kesilapan dan pengalaman. hihihi 


Dropshipping merupakan teknik pengurusan rantaian pembekal di mana penjual tidak menyimpan stok tetapi memindahkan pesanan pembeli produk kepada pembekal untuk tujuan pembungkusan dan penghantaran produk terus ke alamat pembeli.


paham? meh tengok gambar ni...




tengok contoh gambar ni..

Situasi Bisnes Konsep Dropshiping:

Pihak penyedia servis dropship akan memberikan anda akses kepada produk dengan harga borong. Sebagai contoh, harga borong sehelai baju ialah RM31.00 + RM7.00 kos penghantaran.
Anda menjual baju tersebut di Facebook dengan harga pasaran yang mampu anda jual. Sebagai contoh, anda menjual baju yang dengan harga pasaran iaitu RM50.00 + RM7.00 kos penghantaran. Pelanggan membuat pembayaran sebanyak RM57.00 kepada anda sedangkan anda hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM38.00 sahaja kepada pihak dropship untuk baju tersebut.
Dalam situasi perbezaan harga inilah keuntungan anda. Dalam contoh yang diberikan, anda berjaya memperolehi untung sebanyak RM57.00 - RM38.00 = RM19.00! Cukup mudah.


senang kan?

Bisnes dropship ini amat sesuai untuk semua golongan tidak kira anda seorang pelajar, penganggur, suri rumah, pekerja sepenuh masa mahupun seorang pesara. Ini adalah kerana perniagaan dropship ini:
  • Tidak melibatkan modal.
  • Tidak perlu menyimpan stok.
  • Tidak perlu menyewa kedai mahupun menggaji pekerja.
  • Risiko perniagaan ini amat rendah.
  • Tidak perlu menghabiskan masa yang banyak.
  • Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.
  • Amat senang dan mudah diuruskan!
untung tak banyak?? nak untung banyak kene keluar modal banyak lah kan..kalau nak untung banyak jadi agen dropship ni kene lah rajin promosi barang, makin banyak barang jalan, banyak lah untung anda...

lagi sekali saya tunjukkan cara2 dropship bekerja ye..
  1. promosi barang dari supplier kat FB atau blog2 atau rakan opis atau sedara mara.(pastikan supplier tahu anda agen dia)
  2. ade pembeli nak beli barang, just PM atau telefon supplier cek stok ade ke tak, jika ada, bagi detail pembeli sepeti alamat pembeli, barang apa, size, kuantiti.
  3. dah comfirm barang ada stok, buat pembayaran kepada supplier, bila supplier dah terima,supplier akan pos kan barang.
  4. siap..!! anda dah dapat untung anda. xperlu beli stok, xperlu pergi pos laju, xperlu pk banyak..
jika anda berminat nak jadi agen dropship saya sila email saya di rezekischadua@yahoo.com ye dan folow blog niaga saya di http://rezekischadua.blogspot.com/ . blog ni masih baru, so banyak lagi barang tak update, lepas ni saya akan update lagi banyak ye...

p/s: saya tidak mengenakan yuran kepada agen dropship saya. email  saya jika berminat..


Friday, October 12, 2012

Lambat nyerrr....


  • Lambat nye nak chekup bulan ni...tak sabar nak tau doktor pakar cakap ape....
dah puas berdiet ni...dah lama tak makan nasi lemak... makan nasi pun kurangg... arrrgghhh ingat senang ke mengandung... ingat mengandung boleh makan ape saja ker yang terlintas difikiran.. jangan harap la...huhuhu


  • Lambat nye nak raya haji...huhuu tak sabar nak raya...
 tak sabar jugak nak buat kek tiramitsu sesama adik beradik..makan ramai2..seronok nyerrr..huhuhu

lambat ape lagi ek..korang pk la sendiri... sekarang tengah survery2 baju tuk konvo alysha nanti..hihi tahun lepas dapat baju tercantik...tu pun puas pusing 1 sunway carik baju dia saja..mak dgn bapak pakai baju mana ade je ye..hahaha

tahun ni tema ungu, tak tahu lah nak beli dress ke ape..mak nye pun kene beli jugak sebab mengandung, tak de baju ungu..hihihih

ok lah, nak sambung kerja...seb bek dah hari jumaat.. esok cuti yahooo...balik kampungg..!!

Monday, October 1, 2012

Cemburukan Adik Baru



Cemburu memanglah positif kerana ia menandakan si manja telah berkembang dari segi mental. Namun jika dibiarkan berlarutan perasaan cemburu ini mungkin akan menimbulkan masalah kepada anak-anak terutama sekali bagi segi emosi.
Pada usia tiga atau empat tahun, biasanya si kakak sudah boleh menerima kehadiran adik baru. Malah ada kanak-kanak yang meminta-minta supaya mamanya ‘membelikan’ adik di pasar raya lantaran terlalu suka melihat kecomelan bayi.
Kesan cemburu
Cemburu kepada adik baru boleh menjadi sebab kepada pelbagai masalah. Ia boleh menjadi lebih parah sekiranya dibiarkan. Oleh sebab kemahiran komunikasi dan bahasa mereka masih belum berkembang sempurna, pada peringkat usia begini, luahan cemburu sering ditunjukkan menerusi kelakuan-kelakuan mudah mengamuk. 
Selain itu kencing malam, hilang selera makan juga petanda emosinya tidak tenang. Kesan cemburu juga mengakibatkan terjadi perbuatan-perbuatan yang agresif seperti memukul atau menyakitkan adiknya yang mungkin akan mendatangkan kecederaan. Oleh itu, pupuklah rasa sayang mereka kepada adik yang bakal lahir agar rasa cemburu dapat dielak.
Apa sepatutnya dilakukan?
Scha hairan apabila bonda tidak lagi mempunyai masa untuknya. Aktiviti seperti mandi, makan dan tidur kebanyakannya diuruskan oleh ayah dan tokma sahaja. Jarang-jarang sekali bonda akan menemani Scha menonton, itu pun apabila adik tidur. Kenapa bonda berubah? bonda sudah tidak sayang Scha lagi kah? Scha benar-benar cemburu, geram dan ingin memberontak. Ini semua berpunca daripada adik yang  ‘merampas’ bonda dari Scha. Sebab itulah Scha tidak suka adik.
Pada usia tiga hingga empat tahun, itulah cara pemikiran mereka. Senario begini sering berlaku pada anak yang apabila ibu dan ayah yang tidak menyediakan minda anak untuk menempuh fasa perkembangan sebagai seorang kakak atau abang. Mempunyai adik baru bermakna dia anda bakal berkongsi kasih sayang, masa, perhatian dan ruang. Situasi ini jika muncul secara mengejut pasti akan memberikan kesan emosi yang ketara dan menyebabkan si manja rasa terabai.
Ambil langkah-langkah ini untuk mengelakkan dia cemburu pada adiknya selepas dilahirkan kelak:
  • Beritahu bakal kakak tentang kehadiran adiknya tidak lama lagi sebaik sahaja anda mengetahui anda hamil. Ajaklah anak berbual dengan adiknya di dalam kandungan. Langkah ini akan menyebabkan ia tidak ketinggalan dalam penantian kelahiran adiknya dan tahu kelak dia akan menjadi kakak.
  • Cuba libatkan anak anda dalam membuat persediaan menyambut kelahiran adiknya.  Sebagai contoh ketika membeli-belah barang keperluan seperti pakaian atau mainan. Berikan ia kebebasan memilih satu barang untuk bakal adiknya. Langkah ini akan menyebabkan dia berasa seronok, teruja dan berlagak seperti kakak.
  • Terangkan padanya berulang-ulang kali bahawa adiknya nanti akan memerlukan banyak perhatian selepas dilahirkan. Sebagai contoh-“Nanti bila adik lahir, bonda kena susukan adik sebab adik tak boleh makan dan minum macam Scha. Dia boleh minum susu bonda sahaja. Dia tidak boleh mandi sendiri, tak boleh pakai baju sendiri. Jadi bonda dan Scha kena tolong mandikan adik dan pakaikan baju. Bila adik dah besar macam Scha, adik dah boleh buat sendiri”.
  • Minta bantuan anak anda semasa anda menguruskan adiknya. Sebagai contoh minta bawakan lampin atau tisu  lembap untuk menukarkan lampin adiknya. Ia akan membuatkan ia berasa seperti kakak yang boleh diharap dan boleh memupuk perasaan sayang kepada adiknya. 
Apa yang perlu dielakkan?
  • Memberitahu kehadiran adiknya nanti adalah sebagai teman bermainnya. Hal ini kerana  tempoh hamil sangat panjang dan selepas kelahiran adik barunya hanya akan menyusu dan tidur sahaja, tidak akan menjadi teman sepermainannya sepantas itu.
  • Melarang dia  daripada menghampiri atau menyentuh adik kerana caranya yang agak kasar. Biasanya anak pada usia ini akan memeluk adiknya dengan terlalu kuat atau mencium dengan kerap. Tindakan ini menunjukkan ia sedang keliru dengan perasaan sendiri. Sebaik-baiknya tegur dengan cara yang baik dan ajar dia cara untuk menyentuh dengan cara yang lembut.
  • Pada peringkat umur ini, anak akan mudah cemburu melihat orang lain mendapat perhatian. Ia ditunjukkan dengan pelbagai hal seperti mahu ibu memakaikan baju untuknya, mahu didukung seperti adik dan disuapkan ketika makan walhal dia sudah pandai melakukannya sendiri. Usah cepat melenting. Kawal emosi dan anggap anak anda sedang menyesuaikan diri dengan keadaaan baru.
  • Mendukung adik baru ketika memperkenalkan kepadanya. Tindakan ini akan menyebabkan anak anda berasa terpinggir dan anda lebih menyayangi adiknya.
  • Orang sekeliling lebih menumpukan perhatian kepada adiknya berbanding dirinya. Anda perlu meminta ahli keluarga atau rakan-rakan untuk tidak ketinggalan bercakap mengenai si kakak atau abang agar perhatian yang diberikan lebih seimbang. 
Tahukah anda
Jarak umur antara anak dua hingga empat tahun akan mencetuskan perasaan cemburu yang ketara kepada anak yang lebih tua. Manakala jarak umur 18 bulan atau lima tahun  ke atas mempunyai risiko yang lebih rendah.
(Sumber: Majalah Pa&Ma Ogos 2012)  

  • Harap ayah dan bonda xkan abaikan scha...scha kakak yg bijak..selalu cakap " scha kakak la, scha dah besar..." bila nak pakaikan pampers, dia tak nak pakai dan cakap " scha dah besar lah.." sambil buat muka..hihihi
  • ade masa mood ok dia akan cakap dgn adik..ade masa kekadang dia buat tak tahu je bila cakap pasal adik..
  • SEMOGA SCHA JADI KAKAK YANG BAIK DAN TOLONG BONDA JAGA ADIK YE....






Thursday, September 27, 2012

Chekup lagi dan lagi


semalam pergi chekup..

pergi sorang je kali ni sebab en suami xdapat nak teman, banyak keje..
masuk bilik nurse, dia ukur guna tali tape tu kat perut..dia cakap baby besar..dengar plak jantung baby, dia cakap normal..jadi kene refer bilik doktor jugak sebab baby besar..(dh 25week)
aku pun iya kan jelah...

tunggu bilik doktor tak sampai 5 minit..nasib baik..

doktor scan la..sambil borak2 sebab kali ni doktor ok sebab melayu..
selalu doktor india,  tak berborak sgt..
doktor cakap dah tau jantina anak ker? aku cakap lah belum..

masa doktor scan2, doktor ade lah tolak kepala baby ketengah sikit sebab nak ukur pakai tali tape tu, lepas tu scan, agak nye marah doktor usik agak nye..2x dia tendang doktor..

doktor pun rasa " amboi tendang doktor ye.., marah ke yang" doktor tu cakap..

hahahah so sweet..doktor tunjuk kaki dia...pastu tgk jantina macam *****... rahsia..hahah suprise...

aku xkisah lah laki ke pompan asal sihat, senang nak push sudah...hihih xde masalah...

ok..doktor ukur plak ikut scan, MEMANG BESAR...hahaha ikut tarikh due scan plak 6hb Jan 2013, makin awal plak..ikut entry dulu due scan 22hb jan 2013. tapi ikut last period due 1hb Feb 2013.. adoiii... baby bonda ni nak jadi anak tahun baru ye..makin awal plak dia..


doktor pun pening...nak buat mcm mana..last2 dia kata refer pakar utk next appmnt..aku okey je..

tapi baby memang aktif...asyik menendang je...sempit gak nye duduk dalam perut tu..hihih

balik opis aku search la kot2 ada ibu berpengalaman baby besar dalam kandungan...

kebanyakkan nye cakap:


  • keturunan - ibubapa yang besar melahirkan bayi yang besar.
  • Terlalu banyak kenaikan berat badan ibu semasa mengandung.
  • Ibu dengan paras gula tinggi di dalam darah semasa mengandung - contoh: ibu yang mengidap kencing manis semasa mengandung.
semua kat atas ni memang ciri2 aku..hahaha tapi kalau betul lah sebab tu baby besar, memang aku kene jaga makan lepas ni..xleh nak kunyah jajan2 bila lapar..coklat di larang sama sekali..makan bergula mesti dihentikan...

nanti nak ajak en.suami pegi pasar beli buah banyak2..memang hari2 aku bawak bekal buah lepas ni..
harap lepas ni ok lah semua..jgn la besar sangat ye baby, sian bonda nak push keluar nanti..
tunggu lah next appmnt dengan doktor pakar... due bertukar atau aku kene diet makan..

pantang kali ni aku nak pantang habis habisan dan nyusu kan baby sampai 2 tahun..harap berjaya...hihihi nak jaga badan balik lah ni...




Friday, September 21, 2012

I NEED REST...!!! grrrrrr....




Sejak 2 menjak ni, rasa macam tak cukup tidur je...rasa lemah je badan..
pegi keje pun tak de semangat...errrmmm..

nak kata tido lambat, pukul 8.30 aku dah golek2 dengan anak kat dalam bilik..
pukul 9.30 dh get ready baca doa tido dengan anak..
kenapa masih xcukup tido dan letih siang hari????

malam2 mesti terjaga, kekadang xselesa tido dengan si kakak abis rapat kalau boleh nak peluk aku je...
bukan rimas, tapi aku panas, nak pasang aircond dia plak batuk dan selsema..

sebelum tido tu memacam lah si kakak tu buli aku..
5 minit aku baru baring, " bonda nak susu", bangun la balik buat susu..
abis susu, 10 minit lepas tu " bonda nak kencing", bangun balik g bilik air..
baring balik, 5 minit lagi " bonda nak rebina" bila cakap kejap lagi boleh tak? meraung nak jugak...adoii laa anakkk...

sampai sakit pinggang dibuat nye...bangun baring bangun baring..
lepastu bukan lah dia nak baring kat katil dia sambil pasangkan youtube kartun yang di suka..
nak jugak kite peluk dia, tengok sesama, layan dia..adoii la... kekadang siap kepala atas perut lagi bila dia nak baring tu..
(bonda paham scha nak dapat adik, tapi bonda xlarat nak layan scha bila perut dah besar ni...)

kat rumah memang xleh tinggal langsung, bonda pegi sidai kain kejap, tengok bonda xde kat sebelah dia, mula la " bonnnnnndaaaaaa!!" carik sampai ke bilik..

nak pegi bilik air kejap pun, dia sanggup tunggu depan pintu bilik air..

kekadang rasa cm nak meletop pinggang ni wei...grrrrr..

mcm mana ni..nak rehat cukup pun, kene ambil cuti, masa ayah dia kerja, dan scha pun pergi sekolah...
time tu jelah bonda boleh tidur dan rehat secukup nye..
tapi cuti untuk saja2 nak rehat memang tak lah kan.sebab cuti dah parat idung nak sampai akhir tahun ni..errmmm.. sabar jelah...


sabtu ahad jelah pun nak rehat kan diri..tapi sabtu ahad tu lah, nak masak lah, nak basuh baju lah...
ya allahhh...kuatkan lah semangat aku ni....anak pertama dengan anak kedua lain masa mengandung..

anak pertama xpe lagi, xde sapa nak buli kite...boleh rehat secukup nye..ni dah ada sorang kat luar, kene buli plak..huhuhuhu


xpelah, harap kakak jadi kakak yang berjasa jaga adik nanti ye... buli lah bonda, bonda xkisah..huhuhu


kat sini ade tip sikit boleh lah baca..

MINGGU KE-21

Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi. Bayi sudah mencecah 27cm ketika ini. Berhati-hati bila berbicara sebab bayi dah boleh dengar apa yang kita cakap waktu ini.

MINGGU KE-22

Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.

MINGGU KE-23

Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut. Pada ketika ini bayi sudah mencecah 29 cm.Bayi sudah boleh menelan secara teratur.

MINGGU KE-24

Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.



sabtu ahad ni aku nak tido puas...boleh tak..hurrrmmm

Thursday, September 20, 2012

perut bergerak2x...

huaarrrggghh... mengantuk nye hari ni...
kat meja xde keje banyak, nak bukak fb, fb kene blok..so mata pun kuyuu je...

ok... sekarang dalam perut semakin aktif..

kakak kat luar menendang, dia kat dalam pun tendang jugak.. oii... pengsan la bonda cam ni..

kakak pun dh pandai wat perangai..xlayan sikit merajuk..huh..

petang balik keje penat2 baring2 sambil tegang kan baju supaya nampak perut..
bila time baby tendang je, bergerak2 perut ni, siap beralun2 lagi..
geli pun ada.. bila usap2 ilang plak..hihih

dalam perut pun nak perhatian jugak...huhuu

kali ni memang aktif jugak dalam perut...
dulu masa kakak, susah plak nak rasa dia gerak..

yg ni, pakai seluar baju ketat sikit je dah rasa..

kekadang rasa mcm dia tgh berpusing2 je dalam perut...hihihi
nak kata lapar dah makan...sabar baby eyy..
xsabar nak main dgn kakak eyy..geli tau tendang2 dalam tu...hihihi



ni bukan lah perut aku...hasil carian goggle...hihihi xdelah sampai nampak tapak kaki mcm ni..tapi beralun2 mcm ade org tendang dr dlm tu adalah...hihihi

kakak nye suka tanya, " perut bonda sakit ke?" sebab dia tengok sendiri nurse chekup tu buat scan jantung baby... muka dia pelik, ingat bonda dia sakit...hahaha elok dia berdiri kat ujung katil atas tangga kecik..hihihi


kekadang dtg dengki dia, dia cucuk2 perut ni..adoii...sakit laa... grrrrr.... mesti kakak pun xsabar kan nak main dgn adik...errmm...


Friday, September 14, 2012

baby lagi besar ikut ukuran scan...


haaaa...takut tak tajuk aku arini..hihihi
tadi pegi appoimnt scan..dtg semata2 nak scan, tu lah klinik kerajaan yg penuh
scan appoimnt...adoii..
dtg awal pukul 7.30 org no 5... tapi pukul 8.30 no org pertama baru start panggil..
org bilik lain dh 2 3 org dah keluar masuk..

errmmmm... dh la xmakan lagi, rasa nak pitam pun ada..
seb bek ada wifi..ekekeke
scan2.. doktor buat muka pelik kat aku..
" kenapa baby besar ni?" ahhaha besar ek?
ikut ukuran scan due 22hb 1 2013...
ikut period aku yg ingat2 lupa tarikh last period sebab jenis x tik kat kalender tarikh period, doktor bg due ikut tarikh last period yg aku ingat 1/2/2013..

mana satu nak ikut ni..awal 10hari gak tu...xpelah awal, xnak lambat, kang kene induce..hihihihi
so kene berjaga2 lah tarikh area2 tu...
baby ok, aktif, uri la kat bawah sikit..

doktor tanya anak first berat berapa? aku boleh jadi blurrrr aku pegi cakap "20.5" doktor buat muka pelik..nurse kat luar dgr aku ckp dh gelak2..hahaha aku punya la malu..hahah gelak sekali..2.5kg lah...!! 
asal la sengaL sngt aku ni..banyak sgt memikir gak nyerr..

next appoimnt scan 28week plak dgn minum air gula..grrrrrr..
harap2 clear lagi... cuma berat badan kene control..

lepas ni setiap malam makan biskut jelah, kalau anak tendang2 dalam perut buat xtau jelah..hahahah (boleh ker?)

gambar scan xsempat nak masukkan lagi, nanti2 lah ye...bukan nampak ape pun, nampak bulat kepala je..
ade rezeki boleh buat scan 3D...errmm..

barang baby? emm langsung xbeli apa2 pun lagi.. dah 5 bulan ni..
ape nak beli? mana nak start?
rasa brg scha pun ade lagi leh pakai, takat yg kecik2 je...

ok lah...doakan semua nye selamat pejam celik pejam celik dah bulan 1, tgk lah nanti...rrrrr..seraaammm...


Monday, August 27, 2012

Selamat Hari Raya..!!!


Seronok tak raya tahun ni???

kami seperti biasa, seronok seperti tahun2 lepas...

nak kongsi gmbr raya tahun ni...




  • berkerut2 muka nak siapkan budak sorang ni...dah lerr panass..

  • sama tak muka kami anak beranak?? huhuh kecik besar semua ada..hihih ai besar sebab preggy okeyy...


  • keletah budak sorang ni...errmm... banyak tak duit raya tahun ni?? alhamdullillahhh...
  • nak tgk gambar full budak kecik ni posing...haaa...

  • see..... dia lebih posing dr mak nyer.... dah besar anak sara aku sorang ni...muaahhh!!!

Wednesday, August 15, 2012

♥Kehangatan makin terasa♥

♥Mesti semua sedang menghitung waktu menunggu ketibaan hari raya..Semangat balik kampung lagi kuat dari semangat kerja...hihihi

 ♥Tahun ni pertama kalinya sejak 25tahun saya beraya di Banting(kampung sendiri)..sebab sejak kahwin 3 tahun balik banting je kerana balik kelantan setahun sekali kami pilih balik time cuti sekolah sahaja... 

♥Mengandung plak anak kedua nak balik kelantan tahun ni beraya, nak rasa juga macam mana raya di tempat lain dannak rasa juga masakan dan makanan yg sedap2 kat kelantan... 

 ♥Yang kene tahan sikit, time balik raya ke kelantan ni jem jalan dia lah..higway xde, so memang kene sabor sikit lah puasa2 plak kan..hihih

♥Tapi orang banting tetap di ingatan... tunggu kepulangan anak mu ini ye...!!! dah siap pesan kat umi jgn abiskan rendang dan kuah kacang..hihihi

♥banyaklah duit budak kecik sorang ni tahun ni sebab raya dua2 belah kampung...

♥tahun ni xrasa sangat persiapan raya, sebab baju raya ai dan hubby dah beli awal2 masa kat bandung bulan 5 aritu... so last minit ni tinggal beli baju siap budak kecik ni je... so xterasa sgt sebab xpegi jalan tar semua..hihihi duit pun tak rasa banyak abis, sebab dh abis banyak kat bandung...

♥kuih pun xbeli banyak sebab mak metua dah pesan xpayah beli byk2 sebab tahun2 lepas pun banyak tak abis..beli kerepek je banyak sebab kerepek tahan lama...

♥subuh jumaat dah gerak balik kelantan sampai raya ke4..insyaallah...dah ke banting sampai ahad..dan kembali bekerja seperti biasa...waaaa...xsabar nyerrr..

♥Nak pesan kat sini, berhati-hati lah dijalan raya ye..ingat lah org tersayang sedang tunggu anda dikampung...fuhhh...sedih nye ayat...hahahah k Bye...!!!




♥gambar pra raya unit... baju raya mengandung 3 tahun dulu... masa ni perut dalam 4 bulan...hihi

Tuesday, August 14, 2012

GAMBAR PRA RAYA SEKOLAH SCHA

♥PAGI2 DAH KEJUT ALYSHA BANGUN ARINI SEBAB EXCITED NAK PAKAIKAN BAJU RAYA NAK PHOTOSHOT GAMBAR RAYA BERSAMA KAWAN2.. 

 ♥KEJUT MACAM BIASA, KENE NYANYI, USIK2 TELINGA KAKI TANGAN KETIAK..SAMPAI DIA GELAK.. PASTU KALAU XBERJAYA JUGAK CARA NI, AMIK AIR RENJIS KAT MUKA..HAHAHAH 

 ♥NI BAJU BARU BELI KAT NILAI 1..SEB BEK JUMPA KALER SAMA DGN BAJU AYAH N BONDA..
GAMBAR KABUR, ALMAKLUM KAMERA BIASA JE..HIHIH 

NI LAH GAMBAR PRA RAYA SEKOLAH SCHA... MASAM MEMANJANG...HIHIHI


♥SERONOK TGK ANAK BONDA DAH  BESAR... SUKA NAK JADI KAKAK...ASYIK MAIN SORANG2 JE...SIAN DIA..HIHI SABAR YE SAYANG...

♥NI GAMBAR RAYA SCHA SEBELUM2 NI...TAHUN NI KALI KE TIGA SCHA BERAYA..

Wednesday, August 1, 2012

TUKAR SUSU LAGI

Dah lama biar blog ni bersarang...Jadi disebabkan FB dh kene block kat opis, so kite teruskan berblog balik supaya x boring ye..

ok, terus kepada tajuk..

Susu sapa lagi, susu untuk si kecil la..iaitu scha..Sejak scha dh mula makan makanan pejal dia mula membuang air besar tidak menentu..

Kejap2 ok, kejap2 sembelit... Selama dr umur 1 tahun hingga 2 tahun Scha minum Ducth Lady 123 ok je cara pembuangan nye.. Lepas tu dia mula makan macam2, air kosong pun xnak minum, aku mula lah gantikan dgn Ribena, tetap jugak dia 3 hari baru dia yak..errmm.. aku mula runsing..!!!

Xkan setiap kali nak yak kene sumbat ubat dalam bon###.. orang kata try tukar susu..

Ok sebulan yang lepas aku try tukar susu Dumex dugro perisa coklat memandangkan scha sekarang dh xnak minum susu putih, asyik mintak.."bonda nak milo..!!"

tapi STILL yak sembelit.. kesian kat dia..errmm.. semalam pegi beli brg dapur, aku nk try plak sustegen perisa vanilla.. tapi nak kene campur dgn milo sekit supaya nampak coklat..huhu

kite tgk sebulan ni mcm mana yak dia..kalau ok kite teruskan, kalau xok nampak gaya kene tukar susu lain lagi..

sambil2 tu aku tetap selang kan susu ni dgn ribena atau pun vitagen..harap anak bonda ok lepas ni..bahaya yak sembelit ni lelama kan..!!


Friday, April 27, 2012

Nak Jadi Dealer Kecil Kecilan yg x memerlukan MODAL yang besar???

SALAM 1 MALAYSIA

Berminat untuk menjadi dealer barang Sophie Paris???butik sophie paris  (boleh belek2 dulu barang kat web ni baru baca bawah ini yee..)








Saya terangkan macam mana anda boleh dapat untung disini. Sophie Paris ada butik di Petaling Jaya. Barang akan bertukar setiap 45 hari. sekarang Sophie Paris menjual handbag, jam tangan wanita, jam tangan lelaki, beg kanak2, cermin mata, wallet, purse, dan tak lama lagi mungkin akan ada kasut dan baju.

* anda jual barang menggunakan id ahli anda, anda akan dapat 20% diskaun.
-contoh : anda jual kepada pelanggan harga barang RM100, anda pakai id ahli anda RM20 diskaun masuk poket anda.

* barang boleh di beli sendiri di BUTIK atau Sophie Paris akan urus kan penghantaran terus kepada pelanggan anda.
-bagi yang dekat boleh runner amik barang di BUTIK, bagi yang jauh, boleh bank in kepada Butik HQ dan mereka akan pos kan untuk anda barang.

*selain untung 20% tu,anda dapat jugak bonus dari HQ mengikut sales bulanan. jika banyak jualan bulanan 3% bonus akan masuk ke dalam akaun AHLI.

*Selain itu, anda boleh juga promote kepada kawan2 yang ingin menjadi ahli dan mereka akan masuk di bawah anda..so lebih banyak peratus bonus anda akan dapat.KALAU XNAK CARI "ORG BAWAH" PUN XPE...

ok..jika anda masih tidak paham tapi masih berminat, kite boleh berjumpe di butik atau call saya 017-6903343 (ADIBAH)
dan kami akan terangkan dengan lebih terang dan jelas.

starter kit atau menjadi ahli hanya RM15 SEUMUR HIDUP!!!

AHLI BERDAFTAR dengan SOPHie PARIS layak membuat pembelian semua produk dan barangan yang ada di dalam katalog pada harga DISKAUN 20% . Selain daripada itu, ahli berdaftar juga menerima kelayakan untuk mendapat bonus yang akan dibayar oleh pihak syarikat berdasarkan syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.

Jom sertai kami, RM15 yuran pendaftaran seumur hidup...
Jika berminat...Peluang ini jangan dilepaskan...('',)

Sila klik sila isi pendaftaran anda disini
dan isi borang pendaftaran dengan lengkap (ikut arahan yang diberi) serta pilih nama penaja anda iaitu 
AHMAD NOOR AIMAN BIN AYOB atau pun NUR ADIBAH BINTI RUSLI

Sekian, terima kasih…(‘’,)



p/s : psssst... xlama lagi Sophie paris nak keluar baju dan kasut pulak..ambil peluang ini untuk jual musim raya yg tidak lama lagi....







Wednesday, November 23, 2011

~muka berubah dari masa ke semasa~

nak cerita kat sini tentang variasi muaka alysha dari hari pertama hingga sekarang...heheheh

ni muka Nur Alysha Hani binti Ahmad Noor Aiman fresh dari perut bonda...
dilahirkan di hospital Putrajaya seberat 2.50kg sahaja...
dua 3 kali push je dh keluar...alhamdullilah...


ni dalam pantang dalam 10 hari.. berpantang di rumah nenek di banting.



1 bulan
chekup 1 bulan di hospital putrajaya.



1 bulan 10 hari
dah berada di rumah putrajaya..setelah mengharungi kuning seminggu di hospital klang...



1 bulan 16 hari




2 bulan 8 hari
jalan2 kat dataran putrajaya...hehehe



2 bulan 26 hari
di depan mahkamah putrajaya sambut new year...!!



2bulan 27 hari
kat rumah, masa ni rumah pakai tv kecik je..almaklumlah org baru nak mulakan hidup...



3 bulan
di mid valley, jalan2 lepas g umah org kahwin...
saya versi isap jari...



3 bulan 14 hari
chekup di hospital serdang selepas kene kuning tapi xleh nak chekup gak sebab saya selsema saja...



bulan 20 hari
saya dah pandai bergaya...heheheh



4 bulan



4 bulan 10 hari
di mid valley...saya versi isap jari lagi...heheheh



4 bulan 15 hari
masa ni muka saya bersih lagi...hehehe



4 bulan 16 hari
saya kene chiken pox dari kawan kat taska...heheh kesian anak bonda...



4 bulan 20 hari
saya dibedak sejukkan oleh bonda...seb bek saya kecik lagi xpandai menggaru..


4 bulan 25 hari
saya kembali ceria lepas bertarung dgn chiken pox...
lihat muka saya dh xcomel..dh ade bintik2 hitam..ikikiki


5 bulan 7 hari
cukur jambul time..!!! tapi saya xde rambut cam ne nak cukur??
so potong la sikit2 buat syarat...heheh



5 bulan 16 hari
di ampang ade even sic...


5 bulan 22 hari
di sunway piramid...jalan2 cari makan..


6 bulan 9 hari
dataran putrajaya... suka buat mulut ternganga tu...adeeiii



6 bulan 13 hari
tengok muka saya..ade bintik2 kan...urrmmm dh xcomel..
masa ni g kenduri kawin jang...



7 bulan 10 hari
saya bukan berada di luar negara tapi berada di genting..heheh


7 bulan 11 hari
ni pun saya kat genting..gatal gusi so, gigit la belon..


8 bulan 24 hari
di pasar putrajaya...bonda tgh berperang kat pasar, anak n bapak ni tangkap gmbr dlm kete...



9 bulan 5 hari
di taman sekitar putrajaya...



10 bulan 5 hari
kat taman putrajaya gak, main bola...



11 bulan 5 hari
bersama sepupu sepapat saya...



saya dah
setahun...sambut dgn slice kek secret resepi...hhehe



1 tahun 1 bulan
bonda belikan bola tp xlarat nak main sebab demam...



1 tahun 2 bulan
saya dh lebih pandai bergaya..hahah


1 tahun 3 bulan
bonda bawak g zoo negara tgk haiwan...yey!!


1 tahun 4 bulan
saya dh kreatif main kat mana saja sudut yang ada...


1 tahun 5 bulan
besday afif...lihat rambut saya masih sikit kan..
sampai org panggil saya budak botak dan ckp saya lelaki..tapi saya xkisah...heheh


1 tahun 7 bulan
saya dapat masuk taska PERMATA... punya lah seronok dpt mainan...



1 tahun 8 bulan
see...!! saya dh ade rambut sikit...hehehe kenduri tahlil anty syida ni..



1 tahun 9 bulan
rambut saya dh boleh ikat...heheheh kat mcd bangi..


1 tahun 10 bulan
hari raya saya dh ade rambut...heheh


1 tahun 11 bulan
hari keluarga BK di Melaka..


2 tahun
hari jadi saya di rumah..terima kasih yang bagi hadiah...


2 tahun 1 bulan
ni lah gambar saya terkini..saya lebih confident...hahahah poyo je ayat...
semoga membesar dengan sihat ye syg....!!